Sumbangan zakat terhadap Sektor Pendidikan di Negeri Pulau Pinang Pada Tahun 2015-2016 / Nor Juliana Fitrah Haznan

Bantuan pendidikan merupakan salah satu bentuk bantuan terpenting kepada pelajar yang terdiri daripada golongan asnaf fakir dan miskin kerana pendidikan merupakan salah satu kaedah atau tiket penting yang dapat mengubah kehidupan dan mengeluarkan golongan ini daripada kepompong kemiskinan. Disebabka...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
第一著者: Haznan, Nor Juliana Fitrah
フォーマット: Student Project
言語:English
出版事項: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2017
主題:
オンライン・アクセス:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23268/1/PPb_NOR%20JULIANA%20FITRAH%20HAZNAN%20ACI%20B%2017_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23268/
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Bantuan pendidikan merupakan salah satu bentuk bantuan terpenting kepada pelajar yang terdiri daripada golongan asnaf fakir dan miskin kerana pendidikan merupakan salah satu kaedah atau tiket penting yang dapat mengubah kehidupan dan mengeluarkan golongan ini daripada kepompong kemiskinan. Disebabkan oleh kepentingan pendidikan ini kepada pelajar yang merupakan daripada golongan asnaf fakir dan miskin, maka Pusat Urus Zakat giat memainkan peranan dalam menyalurkan dana zakat dalam bentuk bantuan pendidikan kepada para pelajar asnaf di negeri Pulau Pinang dan memastikan golongan pelajar ini mendapat peluang pendidikan dan berjaya seperti orang lain. Terdapat beberapa kes dilaporkan pada awal tahun 2013 termasuklah kes keciciran dalam pelajaran kerana gagal melunaskan yuran persekolahan. Kajian ini adalah secara kualitatif iaitu kajian dokumentasi yang menggunakan kaedah deduktif dan induktif dengan merujuk manual laporan zakat dan menemubual seorang pegawai zakat yang bernama En. Khairol Azhar. Hasil kajian mendapati bahawa PUZ ini telah pun melaksanakan pelbagai inisiatif dalam menawarkan bantuan kepada pelajar asnaf. Diharapkan kajian ini mampu memberikan gambaran bentuk bantuan zakat pendidikan yang diberi dan disediakan oleh pihak PUZ dalam membantu golongan ini mendapatkan peluang pendidikan sekaligus mendapat pekerjaan yang baik di masa hadapan yang turut menyumbang kepada pemerkasaan ekonomi ummah.