Bahasa mandarin permulaan 3: introductory Mandarin level 3 / Teh Hong Siok ... [et al.]

Buku Bahasa Mandarin Permulaan 3 ini merupakan buku teks tahap 3 untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga (B3) bagi Program Sarjana Muda di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Buku ini juga sesuai digunakan oleh semua tenaga pengajar sebagai buku teks dan para pelajar bu...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Teh, Hong Siok, Low, Hiang Loon, Hong, Wei San, Harun, Wan Mohamad Iskandar, Goh, Suat Bee, Huiqin, Ayisha Zhang
格式: 圖書
語言:English
出版: UiTM Press 2021
主題:
在線閱讀:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72795/1/72795.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72795/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Buku Bahasa Mandarin Permulaan 3 ini merupakan buku teks tahap 3 untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga (B3) bagi Program Sarjana Muda di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Buku ini juga sesuai digunakan oleh semua tenaga pengajar sebagai buku teks dan para pelajar bukan penutur jati yang berminat mempelajari bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua atau bahasa ketiga (B2/B3) pada peringkat permulaan. Melalui pendekatan lapan watak dalam buku ini, pelajar didedahkan kepada aspek komunikasi bahasa Mandarin dalam kehidupan harian mereka. Sebagai tambahan, sejumlah 70 kosa kata yang terdiri daripada huruf Cina yang lazim turut diperkenalkan. Buku ini mengandungi enam bab dengan 12 dialog berdasarkan topik terpilih. Sebagai pengenalan, buku ini telah menyenaraikan fokus pembelajaran di bahagian awal setiap bab, diikuti dengan dua dialog berkaitan dengan topik terpilih. Selain itu, setiap bab juga disertakan senarai kosa kata, latihan pengukuhan struktur ayat, latihan bertulis, latihan tulisan huruf Cina dan senarai kosa kata tambahan. Penerangan ringkas mengenai penggunaan kosa kata atau tatabahasa turut diselitkan di setiap bab bagi meningkatkan kefahaman pelajar. Isi kandungan dialog dalam buku ini direka khas agar bersesuaian dengan konteks sosial di Malaysia. Sesetengah kosa kata dan struktur ayat lazim yang digunakan oleh masyarakat Cina di Malaysia turut dimuatkan dalam buku ini. Hal ini penting bagi memastikan para pelajar bukan penutur jati dapat berkomunikasi dengan lebih lancar mengikut konteks perbualan masyarakat Cina di Malaysia. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar, tenaga pengajar, penyelidik mahupun mereka yang berminat dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua atau bahasa ketiga (B2/ B3).