Kaedah pemasangan kemasan lantai jenis kayu laminat / Muhammad Azri Johari

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala proses dan kaedah yang terlibat dalam pemasangan kemasan lantai kayu laminat. Ia dihasilkan berpandukan kepada pengalaman selama enam bulan semasa penulis ditempatkan di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian d...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Johari, Muhammad Azri
格式: Monograph
语言:English
出版: Universiti Teknologi MARA, Perak 2010
主题:
在线阅读:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76915/1/76915.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76915/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala proses dan kaedah yang terlibat dalam pemasangan kemasan lantai kayu laminat. Ia dihasilkan berpandukan kepada pengalaman selama enam bulan semasa penulis ditempatkan di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latar belakang syarikat dan latar belakang projek pembinaan, iaitu syarikat pemaju, UM Land Bhd yang terletak di Bandar Seri Putra, Bangi. Hasil daripada pemerhatian penulis, didapati bahawa pembinaan lantai tidak boleh dipasang oleh pekerja yang tidak mahir tetapi memerlukan seseorang yang mempunyai kemahiran dan berpengalaman dalam pembinaan lantai ini walaupun kerja pemasangan lantai ini nampak mudah. Dalam laporan ini, diterangkan secara ringkas mengenai kajian teoritikal yang meliputi kaedah pemasangan dan komponen-komponen utama lantai. Kemudian diterangkan dengan lebih teliti mengenai kaedah untuk menjaga dan mengelakkan lantai kayu tersebut daripada sebarang kerosakan atau kecacatan serta diikuti oleh pemasangan kemasan lantai. Semasa proses pemasangan sedang dijalankan, beberapa masalah yang berkaitan dengan kaedah pemasangan lantai telah dikenalpasti dan diselesaikan dengan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.