Kajian tahap kebimbangan dan minat pelajar pra sains terhadap matematik / Maisurah Shamsuddin ... [et al.]
Matematik sering kali menjadi subjek yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pelajar. Minat terhadap matematik boleh menjadi faktor penting dalam meningkatkan kefahaman dan prestasi pelajar dalam bidang matematik. Sebaliknya, kebimbangan terhadap matematik sering kali timbul apabila pelajar...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
格式: | Article |
語言: | English |
出版: |
Unit Penerbitan JSKM
2024
|
主題: | |
在線閱讀: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94243/1/94243.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94243/ https://appspenang.uitm.edu.my/sigcs/ |
標簽: |
添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
|
總結: | Matematik sering kali menjadi subjek yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pelajar. Minat terhadap matematik boleh menjadi faktor penting dalam meningkatkan kefahaman dan prestasi pelajar dalam bidang matematik. Sebaliknya, kebimbangan terhadap matematik sering kali timbul apabila pelajar merasa tidak yakin atau tidak berminat, yang boleh mengakibatkan penolakan terhadap usaha pembelajaran. Justeru itu kajian ini dijalankan terhadap pelajar pra diploma sains bagi melihat sejauh mana tahap kebimbanagan dan minat pelajar terhadap matematik dan hubungan di antara kedua-duanya. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar ini mempunyai tahap kebimbangan yang agak tinggi. Walaubagaimanapun, majoriti daripada mereka mempunyai rasa minat yang tinggi terhadap matematik. Ujian korelasi Spearman Rho yang di jalankan pula menunjukkan hubungan linear negatif yang sederhana dan signifikan terhadap kedua-duanya iaitu semakin tinggi minat seseorang terhadap matematik, semakin rendah kebimbangan yang dirasakan. Oleh itu, tindakan yang proaktif perlu diambil untuk mengurangkan tahap kebimbangan pelajar di samping meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran matematik. |
---|