Bengkel pemantapan matematik pelajar PPT / Maisurah Shamsuddin
Pada tarikh 5 Januari 2024 yang lalu, satu bengkel telah dilaksanakan bagi membantu memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman matematik pelajar-pelajar PPT. Bengkel yang bertempat di Dewan Seminar UiTM cawangan Pulau Pinang anjuran Jabatan Sains Komputer dan Matematik(JSKM) ini telah dihadiri seram...
保存先:
第一著者: | |
---|---|
フォーマット: | Monograph |
言語: | English |
出版事項: |
Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM
2024
|
主題: | |
オンライン・アクセス: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95135/1/95135.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95135/ |
タグ: |
タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
|
要約: | Pada tarikh 5 Januari 2024 yang lalu, satu bengkel telah dilaksanakan bagi membantu memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman matematik pelajar-pelajar PPT. Bengkel yang bertempat di Dewan Seminar UiTM cawangan Pulau Pinang anjuran Jabatan Sains Komputer dan Matematik(JSKM) ini telah dihadiri seramai 79 orang pelajar PPT iaitu pelajar-pelajar pra sains dan STEM C. Bengkel ini juga dikendalikan oleh seorang penceramah bersama-sama sembilan orang fasilitator iaitu dikalangan para pensyarah yang mengajar Matematik. Tujuan bengkel ini dijalankan adalah bagi meningkatkan lagi pemahaman dan salah tafsir pelajar dalam asas matematik kerana terdapat ramai pelajar yang masih lemah dalam asas kepada subjek ini. Topik yang telah dibincangkan oleh penceramah adalah asas algebra, index dan log, juga berkaitan pembezaan dan pengamiran. Perbincangan adalah merangkumi kesalahankesalahan yang seringkali dilakukan oleh pelajar semasa membuat latihan matematik atau ketika menjawab soalan ujian dan peperiksaan. Selain itu, pelajar juga diberi contoh kesalahan dan cara penyelesaian yang betul dan tepat. Pelajar juga telah diuji kefahaman mereka dengan beberapa soalan di akhir setiap topik yang dibincangkan. Penilaian keseluruhan bengkel juga dinilai dengan memberikan soalan soalan berkaitan asas matematik sebelum dan selepas bengkel menggunakan aplikasi Quizizz. Di samping itu juga, pelajar yang dapat menjawab soalan-soalan yang telah diajukan dengan betul dan tepat telah diberi sedikit saguhati sebagai menghargai usaha yang diberikan dan bagi menarik minat pelajar untuk menjawab lebih banyak soalan. Secara keseluruhan, bengkel ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Antara impak yang diperolehi daripada bengkel ini adalah dapat memantapkan lagi pemahaman asas matematik pelajar disamping mengurangkan kesilapan berulang oleh pelajar, menjadikan pelajar lebih peka pada situasi ketika menjawab soalan dan memahami kehendak soalan serta yakin dengan jawapan yang diberikan, meningkatkan kebolehan diri dengan amalan suka bertanya kepada pensyarah sekiranya tidak memahami sesuatu topik yang dibincangkan dan akhir sekali dapat meningkatkan tahap motivasi diri terhadap matematik untuk sentiasa rajin melakukan latihan matematik dengan lebih kerap. |
---|