Perkembangan pentadbiran mahkamah syariah di negara Brunei Darussalam / Dy Zainab binti Awg Haji Tuah

Mahkamah Syariah Negara Brunei Darussalam mula ditubuhkan pada 26 Mac 2001 dengan berkuatkuasanya Akta Mahkamah-Mahkamah Syariah Penggal 184 bagi menggantikan Mahkamah Kadi yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Majlis Ugama, Adat Istiadat dan Mahkamah-Mahkamah Kadi No. 20 Tahun 1955 iaitu sebelum P...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
第一著者: Awg Haji Tuah, Dy Zainab
フォーマット: 学位論文
出版事項: 2009
主題:
オンライン・アクセス:http://studentsrepo.um.edu.my/5261/1/PERKEMBANGAN_PENTADBIRAN_MAHKAMAH_SYARIAH_DI_NEGARA_BRUNEI_DARUSSALAM.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5261/
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Mahkamah Syariah Negara Brunei Darussalam mula ditubuhkan pada 26 Mac 2001 dengan berkuatkuasanya Akta Mahkamah-Mahkamah Syariah Penggal 184 bagi menggantikan Mahkamah Kadi yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Majlis Ugama, Adat Istiadat dan Mahkamah-Mahkamah Kadi No. 20 Tahun 1955 iaitu sebelum Perlembagaan Bertulis Negeri Brunei pada tahun 1959. Kemudian disemak semula pada tahun 1984 dengan ditukar namanya kepada Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi penggal 77 daripada Undang-Undang Negara Brunei Darussalam. Dengan adanya perubahan yang besar berikutan dengan penubuhan Mahkamah Syariah kepada tiga peringkat Mahkamah iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah yang dijangkakan sebanding dengan Mahkamah Awam di Negara ini, maka penulis merasa adanya keperluan untuk membuat kajian bagi mengenalpasti sejauhmanakah Mahkamah Syariah berperanan dalam melaksanakan pentadbiran undang-undang Islam di Negara Brunei Darussalam dan mengenalpasti isu-isu berbangkit dalam melaksanakannya. Kajian dimulakan dengan menjelaskan sejarah awal penubuhan Mahkamah Syariah sehingga kepada perlaksanaan undang-undang yang digunapakai pada masa kini. Dalam usaha untuk mendapatkan data-data yang diperlukan, penulis telah menggunakan metod perpustakaan dan dokumentasi serta temubual kepada orang-orang yang berkepentingan dalam melaksanakan pentadbiran Mahkamah Syariah. Proses penganalisisan data, tiga kaedah analisis digunakan iaitu kaedah induktif, deduktif dan komparatif. Kajian ini telah menemui beberapa dapatan iaitu dalam pengurusan, bidang kuasa pendaftar-pendaftar mahkamah dan perkahwinan bercampuraduk dan tidak ada penyelarasan terhadap pendaftaran kes-kes di Mahkamah. Manakala dari segi proses di Mahkamah prosedur dan undang-undang jenayah serba kekurangan serta terdapat beberapa kekosongan dalam peruntukan undang-undang yang menyebabkan Mahkamah menghadapi berbagai masalah dalam melaksanakan undang-undang berkenaan. Melalui dapatan yang diperolehi, kajian ini mencadangkan beberapa penambahbaikan demi memartabatkan Mahkamah Syariah selari dengan Mahkamah Awam di Negara Brunei Darussalam.