Penggunaan partikel bahasa Mandarin “LE” dalam kalangan pelajar Melayu: Satu kajian kes / Chan May Leng
Penemuan awal menunjukkan partikel 了-le yang mempunyai struktur tatabahasa rumit sering mengelirukan pelajar-pelajar Melayu dalam pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua. Oleh kerana itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan memahami keadaan penggunaan partikel 了-le dengan berfokus kepa...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5476/1/3_%2D_Chan_May_Leng_TGC090038_Sarjana_Linguistik_Master_of_Linguistic_University_Malaya.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5476/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penemuan awal menunjukkan partikel 了-le yang mempunyai struktur tatabahasa rumit sering mengelirukan pelajar-pelajar Melayu dalam pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua. Oleh kerana itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan memahami keadaan penggunaan partikel 了-le dengan berfokus kepada 40 orang pelajar Melayu yang telah tamat mempelajari kursus bahasa Mandarin di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Melalui ujian bertulis, kajian meninjau keadaan penggunaan partikel 了-le dari aspek pengkelasan kata kerja 了-le dan akhir ayat 了-le serta jenis-jenis ayat partikel 了-le. Kajian juga mengenal pasti jenis-jenis kesilapan yang wujud dalam penggunaan partikel 了-le. Melalui soal selidik dan temubual berstruktur, cara pembelajaran penggunaan partikel 了-le dikaji. Hubungan korelasi di antara cara pembelajaran penggunaan partikel 了-le dengan keputusan markah ujian bertulis juga dibincangkan. Hasil dapatan kajian menunjukkan kumpulan pelajar cemerlang dan kumpulan pelajar lemah adalah lebih mahir dalam penggunaan kata kerja 了-le berbanding dengan akhir ayat 了-le. Kajian mendapati masalah akan timbul sekiranya pelajar Melayu memindahkan pengetahuan bahasa ibundanya dalam pemerolehan partikel 了-le dan seterusnya wujud kesilapan dalam penggunaannya.
Kata-kata kunci: partikel 了-le, pelajar Melayu, bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua, cara pembelajaran, pemindahan bahasa ibunda |
---|