Kesan bimbingan kelompok terhadap konsep kendiri murid sekolah rendah / Yusni Mohamad Yusop
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan Modul Bimbingan Kelompok Konsep Kendiri (BKKK) dalam meningkatkan konsep kendiri murid sekolah rendah. Sampel kajian terdiri daripada 127 murid. Subjek kajian telah diagih secara rawak kepada empat kumpulan, iaitu dua kumpulan rawatan (63...
محفوظ في:
المؤلف الرئيسي: | |
---|---|
التنسيق: | أطروحة |
منشور في: |
2015
|
الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | http://studentsrepo.um.edu.my/6156/1/KESAN_BIMBINGAN_KELOMPOK_TERHADAP_KONSEP_KENDIRI_MURID_SEKOLAH_RENDAH.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/6156/ |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
|
الملخص: | Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan Modul Bimbingan
Kelompok Konsep Kendiri (BKKK) dalam meningkatkan konsep kendiri murid sekolah
rendah. Sampel kajian terdiri daripada 127 murid. Subjek kajian telah diagih secara
rawak kepada empat kumpulan, iaitu dua kumpulan rawatan (63 murid) dan dua
kumpulan kawalan (64 murid). Konsep kendiri murid diukur menggunakan soal selidik
Tennessee Self Concept Scale:2 khusus untuk kanak-kanak (Fitts dan Warren, 2003).
Rawatan BKKK dikendalikan selama tujuh minggu untuk kumpulan rawatan, sementara
kumpulan kawalan aktiviti bimbingan seperti biasa yang dirancang oleh guru bimbingan
di sekolah. Di samping ujian pra dan ujian pasca, reka bentuk kajian Kuasi
Eksperimental Solomon Empat Kumpulan ini juga melibatkan ujian pasca lanjutan yang
dilaksanakan tiga minggu selepas tempoh rawatan selesai. Setelah subjek melalui 14
sesi bimbingan, analisis ANOVA 2x2 menunjukkan wujud kesan utama rawatan modul
terhadap konsep kendiri. Rawatan modul BKKK merupakan faktor yang signifikan
kepada peningkatan konsep kendiri murid. Tidak terdapat kesan interaksi yang
signifikan antara rawatan dengan ujian pra. Hal ini bermaksud keberkesanan rawatan
BKKK bukan disebabkan ujian pra. Hasil kajian turut mendapati tidak terdapat kesan
interaksi antara rawatan dengan jantina dan rawatan dengan pencapaian akademik. Hal
ini bermaksud keberkesanan rawatan BKKK bukan disebabkan oleh faktor jantina
ataupun tahap pencapaian akademik subjek. Analisis data MANOVA mendapati masih
wujud perbezaan yang signifikan skor konsep kendiri antara kumpulan rawatan dengan
kumpulan kawalan dalam ujian pasca lanjutan. Dapatan ini menunjukkan wujud
pengekalan tahap konsep kendiri kumpulan rawatan dalam tempoh lanjutan.
Berpandukan dapatan keseluruhan, kajian mencadangkan rawatan modul BKKK ini
digunakan untuk menyuburkan konsep kendiri yang positif dalam kalangan murid
sekolah rendah. |
---|