Kesan modul latihan kompetensi terhadap kompetensi kaunseling pelbagai budaya dan efikasi kendiri kaunselor pelatih / Azad Athahiri Anuar

Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai modul latihan kompetensi kaunseling pelbagai budaya bagi mengkaji kesannya terhadap kompetensi kaunseling pelbagai budaya dan efikasi kendiri dalam kalangan kaunselor pelatih di universiti awam Malaysia. Gabungan prosedur pembinaan modul oleh Sidek (...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Azad Athahiri, Anuar
التنسيق: أطروحة
منشور في: 2018
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://studentsrepo.um.edu.my/9274/2/Azad_Athahiri.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/9274/7/azad.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/9274/
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai modul latihan kompetensi kaunseling pelbagai budaya bagi mengkaji kesannya terhadap kompetensi kaunseling pelbagai budaya dan efikasi kendiri dalam kalangan kaunselor pelatih di universiti awam Malaysia. Gabungan prosedur pembinaan modul oleh Sidek (2001) dan ADDIE (Gustafson & Branch, 2007) telah digunakan dalam membangunkan modul latihan kompetensi kaunseling pelbagai budaya berdasarkan model kompetensi kaunseling pelbagai budaya oleh Sue dan rakan-rakan (1992). Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian eksperimental kuasi (Quasi experimental) untuk menilai kesan modul latihan kompetensi kaunseling pelbagai budaya. Kajian eksperimental ini melibatkan seramai enam puluh orang kaunselor pelatih yang dipilih secara rawak dari tiga buah universiti awam. Tiga puluh kaunselor pelatih mewakili kumpulan rawatan dan tiga puluh mewakili kumpulan kawalan. Subjek kajian menjalani ujian pra dan pasca bagi melihat kesan modul latihan kompetensi kaunseling pelbagai budaya. Manakala ujian pasca lanjutan turut dijalankan selepas sebulan berakhirnya rawatan untuk melihat kesan jangka panjang modul latihan kompetensi kaunseling pelbagai budaya. Alat ukur Multicultural Awareness, Knowledge, and Skills Survey-Counselor Edition-Revised (MAKSS-CE-R: Kim et al., 2003) digunakan untuk menilai kompetensi kaunseling pelbagai budaya dan alat ukur Counselor Activity Self-Efficacy Scales (CASES: Lent et al., 2003) telah digunakan untuk menilai efikasi kendiri subjek. Kaedah statistik ujian t tidak bersandar digunakan bagi menilai perbezaan antara kumpulan rawatan dan kawalan. Ujian t bersandar pula digunakan untuk menilai perbezaan antara ujian pasca dan