Impak Covid-19 terhadap keusahawanan makanan tradisi berskala kecil-kecilan di Sabah

Sabah merupakan salah satu destinasi pelancongan popular di Malaysia kerana kaya dengan pelbagai khazanah budaya yang unik dan alam sekitar yang mengkagumkan. Antara tarikan budaya yang popular di negeri ini adalah kepelbagaian makanan tradisi yang menjadi salah satu sumber pendapatan penduduk tempa...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Harifah Mohd Noor, Jabil Mapjabil, Adilah Md Ramli, Jurry Foo, Ubong Imang, Rima Abdul Rahman
フォーマット: Proceedings
言語:English
English
出版事項: Universiti Malaysia Sabah 2020
主題:
オンライン・アクセス:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27599/1/Impak%20Covid-19%20Terhadap%20Keusahawanan%20Makanan%20Tradisi%20Berskala%20Kecil-Kecilan%20Di%20Sabah-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27599/2/Impak%20Covid-19%20Terhadap%20Keusahawanan%20Makanan%20Tradisi%20Berskala%20Kecil-Kecilan%20Di%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27599/
http://ir.umk.edu.my/bitstream/123456789/1547/1/UMS%20CONFERENCE%20POCEEDINGS%20HR%2020%20OCTOBER%202020.pdf
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Sabah merupakan salah satu destinasi pelancongan popular di Malaysia kerana kaya dengan pelbagai khazanah budaya yang unik dan alam sekitar yang mengkagumkan. Antara tarikan budaya yang popular di negeri ini adalah kepelbagaian makanan tradisi yang menjadi salah satu sumber pendapatan penduduk tempatan. Namun, penularan pandemik COVID-19 di Malaysia telah memaksa pihak kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), disusuli dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Untuk itu, dalam tempoh pelaksanaan keseluruhan PKP ini, timbul persoalan iaitu sejauhmana impak keusahawanan makanan tradisi Sabah sebagai salah satu produk pelancongan domestik dan strategi pemulihan yang boleh dilaksanakan dalam tempoh PKP dan seterusnya pasca COVID-19. Kaedah penyelidikan menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif menggunakan instrumen kaji selidik dan pemerhatian serta melibatkan sejumlah 100 pengusaha makanan dari pelbagai katogeri produk makanan. Penemuan mendapati sumber kewangan menjadi cabaran utama pengusaha (skor min 4.6). Ini adalah kerana berkurangan permintaan pembelian dan kesukaran mendapatkan bekalan bahan mentah (skor min masing-masing 4.6). Memberhentikan pekerja (skor min 2.3) atau mengurangkan gaji mereka (purata skor min 3.4) adalah alternatif terakhir pengusaha untuk menangani masalah kewangan. Khidmat nasihat dan bantuan khas kerajaan adalah harapan utama untuk membantu para pengusaha (skor min 4.5 dan 4.4). Kajian ini membuka ruang kepada pihak berkuasa untuk mengenal pasti daya tahan dan survival para pengusaha semasa dan selepas tempoh pendamik ini.