Penglibatan komuniti dalam program homestay berasaskan ekopelancongan: kajian kes di kampung Seri Serbang Bongawan, Papar, Sabah

Program homestay berasaskan ekopelancongan sering dikaitkan dengan penglibatan komuniti luar bandar sebagai penggerak utama membangunkan pelancongan desa. Namun, pada peringkat awal penubuhan homestay di Kg. Seri Serbang ini terdapat beberapa cabaran yang terpaksa dihadapi oleh penaja program ini se...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Syafiqah Syuhada Samsul, Rosazman Hussin
格式: Article
語言:English
English
出版: Penerbit UMS 2021
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29409/1/Penglibatan%20komuniti%20dalam%20program%20homestay%20berasaskan%20ekopelancongan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29409/2/Penglibatan%20komuniti%20dalam%20program%20homestay%20berasaskan%20ekopelancongan1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29409/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/3607
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Program homestay berasaskan ekopelancongan sering dikaitkan dengan penglibatan komuniti luar bandar sebagai penggerak utama membangunkan pelancongan desa. Namun, pada peringkat awal penubuhan homestay di Kg. Seri Serbang ini terdapat beberapa cabaran yang terpaksa dihadapi oleh penaja program ini seperti ahli komuniti kurang berminat untuk turut serta, kurang pengetahuan dan kurang yakin terhadap faedah yang diperolehi dari program homestay. Namun, melalui sokongan oleh pihak Kementerian Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar, Sabah bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Sabah program homestay berjaya diperkenalkan di kampung ini. Penglibatan komuniti dalam aktiviti ekopelancongan menjadi salah satu alternatif kegiatan ekonomi dan pekerjaan baru berasaskan aktiviti ekopelancongan sekaligus membantu memenuhi permintaan serta kehendak pelancong domestik dan antarabangsa untuk berkunjung ke kampung ini. Pendekatan utama kajian ini adalah kajian kualitatif. Kaedah kutipan data melalui temu bual mendalam adalah bersama peserta dan Jawatankuasa Homestay Kg Seri Serbang. Hasil kajian menunjukkan bahawa komuniti setempat di Kg. Seri Serbang ini mula menunjukkan minat untuk turut serta setelah beberapa individu menunjukkan kejayaan melalui penglibatan mereka dalam program homestay berasaskan ekopelancongan ini. Walau bagaimana pun cabaran masih lagi dihadapi oleh kebanyakan peserta homestay di kampung ini seperti berlakunya persaingan dengan pengusaha penginapan swasta yang ada di kawasan pekan Bongawan ini. Manakala isu hakisan tebing sungai dan usaha untuk mengekalkan hidupan liar seperti monyet bangkatan dan kelip-kelip merupakan cabaran besar untuk kelestarian program homestay dan ekopelancongan agar terus berjaya menarik kehadiran pelancong ke kampung ini pada masa depan.