Kesepaduan sosial dalam hubungan antara agama di pedalaman Sabah

Kesepaduan sosial adalah indikator penting bagi mencerminkan situasi aman dan harmoni sesebuah komuniti. Ia merupakan prasyarat kepada kestabilan dalam mendepani sebarang isu yang mencetuskan konflik atas sebab agama dan etnik. Kajian lepas menunjukkan hubungan antara agama dan etnik di Malaysia ber...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Suraya Sintang, Budi Anto Mohd Tamring, Nur Farhana Abdul Rahman, Siti Aidah Lukin @ Lokin, Halina Sendera Mohd. Yakin
フォーマット: 論文
言語:English
English
出版事項: Majmuah Enterprise 2019
主題:
オンライン・アクセス:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33027/1/Kesepaduan%20sosial%20dalam%20hubungan%20antara%20agama%20di%20pedalaman%20Sabah.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33027/4/Kesepaduan%20Sosial%20dalam%20Hubungan%20antara%20Agama%20di%20Pedalaman%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33027/
https://www.researchgate.net/publication/337948580_Kesepaduan_Sosial_dalam_Hubungan_antara_Agama_di_Pedalaman_Sabah
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Kesepaduan sosial adalah indikator penting bagi mencerminkan situasi aman dan harmoni sesebuah komuniti. Ia merupakan prasyarat kepada kestabilan dalam mendepani sebarang isu yang mencetuskan konflik atas sebab agama dan etnik. Kajian lepas menunjukkan hubungan antara agama dan etnik di Malaysia bersifat turun naik yang digambarkan dalam tiga fasa; era konflik, era stabil tetapi tegang dan era kesepaduan sosial. Makalah ini mebincangkan elemen dan indikator kesepaduan sosial yang membentuk hubungan harmonis antara agama dalam kalangan masyarakat pedalaman Sabah. Elemen kesepaduan sosial boleh diperhatikan melalui sikap toleransi dan sikap penerimaan terhadap isu-isu yang melibatkan hubungan antara agama. Pengumpulan data menggunakan metode kuantitatif dan kualitatif melalui soal selidik, pemerhatian dan temubual bersama informan terpilih di daerah Tambunan dan Tenom, Sabah melibatkan komuniti Muslim dan non-Muslim. Dapatan analisis SPSS secara deskriptif menunjukkan beberapa elemen dan indikator kesepaduan sosial dibina melalui interaksi seharian seperti makan bersama, tinggal bersama, sambutan perayaan, menghadiri upacara pengkebumian, penyediaan makanan untuk sahur dan berbuka puasa, perlaksanaan solat di rumah pihak berbeza agama. Hasil kajian menunjukkan sikap penerimaan dan akomodatif mencatatkan respon tertinggi serta kesediaan penganut pelbagai agama menangani perbezaan dan konflik secara harmonis. Sikap dan perlakuan inilah yang memupuk kesepaduan sosial sehingga terbentuk ahli komuniti masyarakat berbeza agama yang mudah berkompromi dan akomodatif di pedalaman Sabah.