Penerokaan dan pembentukan instrumen petunjuk kualiti hidup perumahan awam bagi miskin bandar

Merujuk kepada kajian literatur semasa, pelbagai kajian mengenai kualiti hidup di perumahan awam telah dibuat tetapi kebanyakan kajian ini menggunakan domain dan petunjuk kualiti hidup yang berbeza. Dalam masa yang sama sehingga sekarang, didapati wujud kekurangan instrumen kualiti hidup yang khusus...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Zulasri Pitting, Marsitah Mohd Radzi
格式: Article
语言:English
English
出版: Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS 2022
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35425/1/Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35425/2/Full%20text.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35425/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/3684
https://doi.org/10.51200/ejk.v28i1.3684
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Merujuk kepada kajian literatur semasa, pelbagai kajian mengenai kualiti hidup di perumahan awam telah dibuat tetapi kebanyakan kajian ini menggunakan domain dan petunjuk kualiti hidup yang berbeza. Dalam masa yang sama sehingga sekarang, didapati wujud kekurangan instrumen kualiti hidup yang khusus bagi perumahan awam bagi golongan miskin bandar. Keperluan untuk menjalankan kajian bagi membentuk satu instrumen kualiti hidup khusus perumahan awam semakin ketara apabila isu yang mampu untuk menganggu gugat pertumbuhan hidup penghuni berlaku seperti kewujudan masalah sosial, ketidakpuashatian penduduk dan tekanan perumahan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membentuk instrumen petunjuk kualiti hidup perumahan awam bagi miskin bandar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Bagi tujuan kajian ini, sebanyak 48 orang responden telah dipilih iaitu mereka yang menyewa rumah di bawah program penyewaan perumahan awam dalam daerah Kota Kinabalu. Hasil kajian mendapati terdapat sebanyak tujuh konstruk kualiti hidup telah dikenal pasti iaitu alam bina, psikologi, alam sekitar, keselamatan, hubungan sosial, estetika dan pemerkasaan dan penglibatan. Walaupun begitu, daripada 36 item petunjuk kualiti hidup yang dikenal pasti, hanya 27 item dikekalkan, manakala 9 item lagi telah digugurkan. Instrumen kajian yang dibentuk juga mempunyai nilai kebolehpercayaan dalaman item yang tinggi di mana nilai α yang terendah ialah 0.842 (Domain Alam Bina) dan yang tertinggi ialah 0.911 (Pemerkasaan dan Penglibatan). Berdasarkan hasil kajian ini, pengkaji telah mendapati bahawa kualiti hidup penduduk di perumahan awam adalah bersifat multidomain dan sebarang usaha peningkatan kualiti hidup hendaklah tidak fokus kepada pembaikan ke atas segmen tertentu sahaja dalam hidup. Hasil kajian ini juga dapat digunakan sebagai rujukan pembangunan perumahan awam sama ada oleh pihak kerajaan ataupun swasta