Sejarah pentadbiran Pengiran Abdul Rauf Pengiran Abdul Rajit ke atas sungai Tulin di Borneo Utara, 1822-1898

Kajian ini merupakan suatu penyelidikan mengenai sistem pentadbiran wilayah Tulin di Borneo Utara pada abad ke-19. Tumpuan diberi ke atas pemilikan hak wilayah Tulin Pengiran Abdul Rauf, selaku seorang penguasa dalam kerangka sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional Kesultanan Melayu Brunei d...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Fatmah Sidek
格式: Thesis
語言:English
English
出版: 2018
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37796/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37796/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37796/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini merupakan suatu penyelidikan mengenai sistem pentadbiran wilayah Tulin di Borneo Utara pada abad ke-19. Tumpuan diberi ke atas pemilikan hak wilayah Tulin Pengiran Abdul Rauf, selaku seorang penguasa dalam kerangka sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional Kesultanan Melayu Brunei di Borneo Utara (1822-1898). Latar belakang Pengiran Abdul Rauf dan pentadbiran wilayah Tulinnya akan dibincangkan termasuklah latar belakang sosioekonomi penduduk wilayah Tulin Pengiran Abdul Rauf. Kajian juga akan menerangkan tentang proses kejatuhan wilayah Tulin Pengiran Abdul Rauf kepada British North Borneo (Chartered) Company (SBUB) dan kewujudan wilayah Karambunai. Kajian akan berpandukan penyelidikan sumber primer seperti koleksi di Arkib Negeri Sabah, salasilah keturunan Pengiran Abdul Rauf dan dokumen surat perjanjian di Pusat Sejarah Brunei serta koleksi peribadi kepunyaan keturunan Pengiran Abdul Rauf di negeri Sabah. Kaedah temu bual juga dilakukan bagi mendapatkan maklumat tentang latar belakang Pengiran Abdul Rauf dan wilayah Tulin kepunyaannya di Borneo Utara. Hasil kajian ini akan dapat menambah koleksi pengetahuan tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran wilayah jajahan tradisional Kesultanan Melayu Brunei sebelum berlakunya penjajahan British di Borneo Utara pada lewat abad ke-19.