Kesepaduan sosial dalam menghadapi musibah kejadian tanah runtuh di Malaysia

Kesepaduan sosial menjadi sebagai satu set tingkah laku dan mekanisme bagi menguruskan kerencaman sesebuah komuniti dalam menangani sesuatu musibah atau ancaman terhadap faktor keselamatan manusia mahupun bencana yang melibatkan faktor alam semula jadi. Bencana alam yang berlaku tanpa sebarang amara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Syafiqah Syuhada Samsul, Suraya Sintang, Baba Musta
Format: Article
Language:English
English
Published: Association of Malaysian Researchers and Social Services 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37806/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37806/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37806/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesepaduan sosial menjadi sebagai satu set tingkah laku dan mekanisme bagi menguruskan kerencaman sesebuah komuniti dalam menangani sesuatu musibah atau ancaman terhadap faktor keselamatan manusia mahupun bencana yang melibatkan faktor alam semula jadi. Bencana alam yang berlaku tanpa sebarang amaran mewujudkan hubungan sosial diantara komuniti setempat secara tidak langsung. Artikel ini bertujuan melihat faktor kemanusiaan yang menyebabkan punca berlakunya tanah runtuh dan kesannya terhadap perubahan sosial masyarakat setempat. Hal ini bagi memberi penekanan kesepaduan sebagai asas nilai untuk kesedaran dalam kalangan masyarakat sekiranya berlakunya bencana khusunya tanah runtuh. Pendekatan utama kajian ini adalah kualitatif yang bersandarkan sumber data sekunder. Justeru itu, data sumber sekunder adalah daripada artikel jurnal, buku rujukan akademik dan berita akhbar dalam talian digunakan dengan meluas dalam penulisan ini. Berdasarkan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan individu sehingga ke peringkat kelompok komuniti mahupun penglibatan pihak-pihak berkepentingan adalah sebagai sifat tanggungjawab yang bekerjasama dalam menghadapi bencana alam.