Kesepaduan sosial dalam menghadapi musibah kejadian tanah runtuh di Malaysia
Kesepaduan sosial menjadi sebagai satu set tingkah laku dan mekanisme bagi menguruskan kerencaman sesebuah komuniti dalam menangani sesuatu musibah atau ancaman terhadap faktor keselamatan manusia mahupun bencana yang melibatkan faktor alam semula jadi. Bencana alam yang berlaku tanpa sebarang amara...
保存先:
主要な著者: | , , |
---|---|
フォーマット: | 論文 |
言語: | English English |
出版事項: |
Association of Malaysian Researchers and Social Services
2022
|
主題: | |
オンライン・アクセス: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37806/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37806/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37806/ |
タグ: |
タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
|
要約: | Kesepaduan sosial menjadi sebagai satu set tingkah laku dan mekanisme bagi menguruskan kerencaman sesebuah komuniti dalam menangani sesuatu musibah atau ancaman terhadap faktor keselamatan manusia mahupun bencana yang melibatkan faktor alam semula jadi. Bencana alam yang berlaku tanpa sebarang amaran mewujudkan hubungan sosial diantara komuniti setempat secara tidak langsung. Artikel ini bertujuan melihat faktor kemanusiaan yang menyebabkan punca berlakunya tanah runtuh dan kesannya terhadap perubahan sosial masyarakat setempat. Hal ini bagi memberi penekanan kesepaduan sebagai asas nilai untuk kesedaran dalam kalangan masyarakat sekiranya berlakunya bencana khusunya tanah runtuh. Pendekatan utama kajian ini adalah kualitatif yang bersandarkan sumber data sekunder. Justeru itu, data sumber sekunder adalah daripada artikel jurnal, buku rujukan akademik dan berita akhbar dalam talian digunakan dengan meluas dalam penulisan ini. Berdasarkan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan individu sehingga ke peringkat kelompok komuniti mahupun penglibatan pihak-pihak berkepentingan adalah sebagai sifat tanggungjawab yang bekerjasama dalam menghadapi bencana alam. |
---|