Homestay berasaskan patuh syariah dan bukan patuh syariah: Satu perbandingan

Homestay berasaskan patuh syariah merupakan salah satu alternatif baru dalam mewujudkan konsep ibadah, perniagaan dan imej muslim dalam mempromosikan sektor palancongan bagi menarik minat pelancong muslim mahupun non-muslim dari dalam mahupun dari luar negara. Selain itu, dapat meningkatkan mutu eko...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Suhailah Abdul Muin, Norcikeyonn Samuni, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Mohd Nor Azan Abdullah, Mikdar Rusdi
格式: Article
语言:English
English
出版: Academia Industry Networks 2022
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38111/2/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38111/1/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38111/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Homestay berasaskan patuh syariah merupakan salah satu alternatif baru dalam mewujudkan konsep ibadah, perniagaan dan imej muslim dalam mempromosikan sektor palancongan bagi menarik minat pelancong muslim mahupun non-muslim dari dalam mahupun dari luar negara. Selain itu, dapat meningkatkan mutu ekonomi umat Islam ianya juga merupakan fardhu kifayah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti maksud homestay berasaskan patuh syariah dan bukan patuh syariah disamping menerangkan perbezaan homestay berasaskan patuh dan bukan patuh syariah, seterusnya menjelaskan impak homestay berasaskan patuh dan bukan patuh syariah serta implikasinya dari sudut pandang ekonomi. Pertumbuhan pengusaha homestay dilihat semakin memberansangkan. Kemunculan pelbagai idea dan pendekatan serta pelaksanaan dalam menawarkan pelancongan dan penginapan halal atau berasaskan patuh syariah dilihat penting untuk diberi perhatian dan perlu terus diketengahkan memandangkan ianya merupakan suatu keperluan. Dengan sebab itu, kemunculan pelabagai reka bentuk pelaksanaan dan penerapan dalam mengurus tadbir pelancongan dan penginapan, maka perlulah adanya garis panduan yang tepat atau standard yang khusus sebagai satu pemudahcara untuk diaplikasi dalam semua sistem pengurusan agar ianya selari dengan tuntutan syariah. Untuk memastikan takrifan dan penentuan standard, kertas kerja ini akan merujuk kepada Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Patuh Syariah, (MS 1900), Standard Makanan Halal (MS1500), Islamic Quality Standard for Hotel (IQS 2610) seterusnya standard yang dibangunkan oleh institusi persendirian bagi memberi gambaran yang lebih terperinci akan perbezaan homestay berasaskan patuh dan bukan patuh syariah. Selain itu, kajian ini juga berdasarkan tinjauan kajian rintis terhadap 30 buah homestay di sekitar Kota Kinabalu, Kundasang dan Semporna, Sabah. Hasil penelitian mendapati, terdapat sesetengah homestay telah menepati penerapan ciri-ciri dari segi betuk operasi namun tidak ada garis panduan yang tertentu diambil sebagai pananda aras atau asas. Oleh itu garis panduan penyediaan homestay patuh syariah di Sabah perlu dibangunkan atas landasan yang jelas dan kukuh.