Amalan sogit masyarakat Dusun di Sabah dalam menghadapi musibah kematian: Analisis perspektif Islam

Kematian merupakan perkara yang pasti akan dirasai oleh setiap makhluk yang bernyawa. Oleh sebab itu, dalam menghadapinya pelbagai kepercayaan, amalan, cara dan adat yang wujud bagi mengendalikan peristiwa yang mengerikan tersebut. Perkara ini, termasuklah etnik Dusun di Sabah yang kaya dengan pelba...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Mohammad Firdaus Hasmin, Syamsul Azizul Marinsah, Suraya Sintang
格式: Article
語言:English
English
出版: Academic Inspired Network 2022
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38370/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38370/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38370/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kematian merupakan perkara yang pasti akan dirasai oleh setiap makhluk yang bernyawa. Oleh sebab itu, dalam menghadapinya pelbagai kepercayaan, amalan, cara dan adat yang wujud bagi mengendalikan peristiwa yang mengerikan tersebut. Perkara ini, termasuklah etnik Dusun di Sabah yang kaya dengan pelbagai jenis amalan dan adat isitiadat yang diwarisi daripada datuk nenek moyang mereka. Sehinggalah ke hari ini, amalan yang diwarisi tersebut masih ada yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat Dusun di Sabah. Salah satunya adalah amalan sogit dalam menghadapi musibah kematian. Sehubungan itu, kajian ini cuba melihat amalan-amalan sogit yang masih dilaksanakan ketika menghadapi musibah kematian dan membuat penilaian berdasarkan perpsektif Islam terhadap status pengamalan amalan sogit tersebut dalam kalangan masyarakat Dusun Islam. Justeru, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berlandaskan kaedah temubual, dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa, amalan sogit dalam menghadapi musibah kematian ini sebahagiannya mengandungi kepercayaan khurafat dan bercanggah dengan agama Islam, dan sebahagiannya lagi menepati syariat Islam. Oleh itu, amalan sogit yang didapati berunsurkan khurafat perlu dibanteras sepenuhnya dalam kalangan masyarakat Dusun Islam. Manakala amalan yang menepati syariat, tidak harus diketepikan kerana mempunyai pelbagai hikmah dan bertepatan dengan syariat Islam.