Pemerolehan ‘pedagogical content knowledge ’ guru dalam pengajaran pendidikan muzik prasekolah jabatan Kemas di negeri Sabah

Dalam sistem pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik terdapat banyak keperluan yang perlu dipenuhi oleh seorang insan yang bergelar guru prasekolah. Dalam situasi ini guru prasekolah perlu memikirkan penggunaan sesuatu kaedah ataupun pendekatan yang bersesuaian untuk menyelesaikan perkara ini d...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Lucy Gawis@Noranissa Abdullah
格式: Thesis
语言:English
English
出版: 2022
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41297/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41297/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41297/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Dalam sistem pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik terdapat banyak keperluan yang perlu dipenuhi oleh seorang insan yang bergelar guru prasekolah. Dalam situasi ini guru prasekolah perlu memikirkan penggunaan sesuatu kaedah ataupun pendekatan yang bersesuaian untuk menyelesaikan perkara ini daripada terus berlaku. Sehubungan dengan itu, kajian ini diusahakan untuk mengkaji Pedagogical Content Knowledge (PCK) pendidikan muzik yang diperlukan oleh guru prasekolah Jabatan KEMAS di Sabah dan meneliti peranan latihan pembangunan profesional (LPP) sebagai sumber pemerolehan PCK pendidikan muzik prasekolah. Kajian ini ada tiga Objektif iaitu: (i) menghuraikan konsep pelaksanaan Pedagogical Content Knowledge pendidikan muzik guru prasekolah Jabatan KEMAS di negeri Sabah, (ii) meneliti bagaimanakah guru prasekolah Jabatan KEMAS di negeri Sabah memperolehi Pedagogical Content Knowledge pendidikan muzik, dan (iii) mengenal pasti bidang latihan pembangunan profesional pendidikan muzik yang diperlukan oleh guru prasekolah Jabatan KEMAS di negeri Sabah. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan reka bentuk penyelidikan sequential explanatory di mana pendekatan kuantitatif telah diambil untuk mencapai objektif pertama, manakala pendekatan kualitatif digunakan untuk mencapai objektif kedua dan ketiga. Hasil kajian menunjukkan guru muzik di prasekolah KEMAS menggunakan pelbagai cara untuk memperoleh dan melaksanakan PCK dan terdapat kesan positif yang signifikan dalam penggunaan PCK dalam pendidikan muzik. Ia juga mengesahkan keperluan latihan pembangunan profesional sebagai sumber pemerolehan PCK dalam pendidikan muzik dan menunjukkan bahawa LPP ini memberi kesan positif terhadap keberkesanan pengajaran guru prasekolah. Hasil dapatan kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan penggunaan PCK merupakan memberikan implikasi yang besar dalam memperkembangkan korpus ilmu pengetahuan pendidikan pada masa kini dan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah berkenaan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dapat dilakukan secara menyeluruh.