Tinjauan reka bentuk dan ruang persekitaran dalam pelaksanaan homestay patuh syariah di Sabah

MOTAC turut memperkenalkan banyak inisiatif baru untuk memajukan Pelancongan Islam di Malaysia, termasuk memperkenalkan program Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim (MFAR). Tinjauan terhadap reka bentuk ruang persekitaran dalam perkhidmatan homestay telah dilaksanakan dalam satu siri kajian rintis...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلفون الرئيسيون: Suhailah Abdul Muin, Norcikeyonn Samuni, Mohd Nor Azan Abdullah
التنسيق: Proceedings
اللغة:English
English
منشور في: Universiti Sains Islam Malaysia 2022
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41792/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41792/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41792/
https://oarep.usim.edu.my/entities/publication/5cc73bc7-98d5-4c5b-bcda-c1a523a646e9/full
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:MOTAC turut memperkenalkan banyak inisiatif baru untuk memajukan Pelancongan Islam di Malaysia, termasuk memperkenalkan program Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim (MFAR). Tinjauan terhadap reka bentuk ruang persekitaran dalam perkhidmatan homestay telah dilaksanakan dalam satu siri kajian rintis bagi memenuhi keperluan dan kehendak penginap muslim dalam usaha memberi pengiktirafan kepada para pengusaha penginapan mesra muslim di Malaysia khususnya di Sabah. Objektif kertas kerja ini adalah untuk meninjau ciri-ciri pengaplikasian homestay patuh syariah dalam aspek reka bentuk dan ruang persekitaran meliputi bilik dan juga ruangan bangunan homestay. Selain itu, beberapa cadangan inovasi idea ciri-ciri tambahan yang perlu diaplikasikan dalam aspek reka bentuk dan ruang persekitaran berdasarkan kepada tinjauan indikator yang diteliti dalam kajian rintis. Reka bentuk kajian bersifat kualitatif dan kuantitatif yang menggunakan tiga metod utama iaitu pemerhatian, temubual mendalam dan juga senarai semak (soal selidik). Kajian ini dilaksanakan di (30) buah homestay di tiga kawasan tumpuan pelancong di Sabah iaitu sekitar Kota Kinabalu, Kundasang dan Semporna, Sabah. Sebanyak (13) indikator yang melibatkan ciri-ciri penginapan patuh syariah di dalam aspek reka bentuk dan ruang persekitaran yang telah diteliti. Hasil kajian mendapati bahawa (5) indikator sahaja yang sesuai digunakan dalam tinjauan bagi kajian ini disebabkan oleh ciri-ciri lainnya tidak menepati kapasiti homestay yang hanya bersifat milikan tunggal dan tidak bertaraf hotel. Melalui tinjauan yang dilaksanakan oleh pengkaji, terdapat beberapa inovasi idea baru dicadangkan seperti penyediaan ruang berwudhuk (khas), ruang solat, jumlah bilik tidur dan tempat penyimpanan kasut atau selipar dalam susun atur pelan lantai kemudahan penginapan yang ditawarkan oleh para pengusaha homestay di Sabah.