Luangan: manifestasi warisan budaya dan simbol kemeriahan dalam pesta babulang masyarakat Bisaya di Limbang, Sarawak
Pesta Babulang Bisaya yang berlangsung di Limbang, Sarawak, adalah manifestasi budaya yang kaya dengan keindahan estetika serta warisan etnografi yang mencerminkan identiti masyarakat Bisaya. Kain rentang tradisional yang dikenali sebagai luangan menjadi salah satu elemen budaya yang terpenting, sar...
保存先:
主要な著者: | , , |
---|---|
フォーマット: | 論文 |
言語: | English |
出版事項: |
Penerbit Universiti Malaysia Sabah
2024
|
主題: | |
オンライン・アクセス: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42589/1/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42589/ https://doi.org/10.51200/ga.v14iEdisi%20Khas.5791 |
タグ: |
タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
|
要約: | Pesta Babulang Bisaya yang berlangsung di Limbang, Sarawak, adalah manifestasi budaya yang kaya dengan keindahan estetika serta warisan etnografi yang mencerminkan identiti masyarakat Bisaya. Kain rentang tradisional yang dikenali sebagai luangan menjadi salah satu elemen budaya yang terpenting, sarat dengan simbolisme dan nilai tradisi yang mendalam. Terdapat pelbagai jenis luangan, antaranya badal-badal, rawai-rawai, dan jaujadar, yang masing-masing membawa makna tersendiri dan digunakan dalam pelbagai acara seperti perkahwinan, makan doa salamat, upacara ritual tamarok belian, serta pesta kebudayaan Babulang. Kajian etnografi yang dilakukan di perkampungan Bisaya di Limbang menumpukan pada analisis motif dan ragam hias yang terkandung dalam kain luangan, di mana elemenelemen ini dilihat sebagai simbol budaya dan menjadi penanda identiti kelompok etnik ini. Melalui kaedah kajian kualitatif yang melibatkan pemerhatian langsung, temu bual, dan rakaman audio-visual, penyelidik dapat merungkai simbolisme di sebalik motif-motif tersebut yang menghubungkan masyarakat Bisaya dengan persekitaran semula jadi mereka. Pengaruh alam sekitar jelas terpancar dalam pemilihan warna, bentuk, dan tekstur kain, menunjukkan hubungan simbiotik antara budaya dan alam. Kain rentang ini tidak hanya berfungsi sebagai hiasan, tetapi juga sebagai alat untuk memperkukuhkan identiti etnik dan memperkasa kedudukan masyarakat Bisaya dalam peta budaya Malaysia yang lebih besar. Justeru, kajian mengenai luangan ini bukan sahaja memberikan sumbangan penting terhadap pemahaman kita mengenai estetika dan budaya masyarakat Bisaya, malah memperkaya wacana antropologi budaya, khususnya dalam konteks masyarakat pribumi di Malaysia. |
---|