Luangan: manifestasi warisan budaya dan simbol kemeriahan dalam pesta babulang masyarakat Bisaya di Limbang, Sarawak

Pesta Babulang Bisaya yang berlangsung di Limbang, Sarawak, adalah manifestasi budaya yang kaya dengan keindahan estetika serta warisan etnografi yang mencerminkan identiti masyarakat Bisaya. Kain rentang tradisional yang dikenali sebagai luangan menjadi salah satu elemen budaya yang terpenting, sar...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Alvin Sapun, Musnin Misdih, Humin Jusilin
格式: Article
语言:English
出版: Penerbit Universiti Malaysia Sabah 2024
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42589/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42589/
https://doi.org/10.51200/ga.v14iEdisi%20Khas.5791
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Pesta Babulang Bisaya yang berlangsung di Limbang, Sarawak, adalah manifestasi budaya yang kaya dengan keindahan estetika serta warisan etnografi yang mencerminkan identiti masyarakat Bisaya. Kain rentang tradisional yang dikenali sebagai luangan menjadi salah satu elemen budaya yang terpenting, sarat dengan simbolisme dan nilai tradisi yang mendalam. Terdapat pelbagai jenis luangan, antaranya badal-badal, rawai-rawai, dan jaujadar, yang masing-masing membawa makna tersendiri dan digunakan dalam pelbagai acara seperti perkahwinan, makan doa salamat, upacara ritual tamarok belian, serta pesta kebudayaan Babulang. Kajian etnografi yang dilakukan di perkampungan Bisaya di Limbang menumpukan pada analisis motif dan ragam hias yang terkandung dalam kain luangan, di mana elemenelemen ini dilihat sebagai simbol budaya dan menjadi penanda identiti kelompok etnik ini. Melalui kaedah kajian kualitatif yang melibatkan pemerhatian langsung, temu bual, dan rakaman audio-visual, penyelidik dapat merungkai simbolisme di sebalik motif-motif tersebut yang menghubungkan masyarakat Bisaya dengan persekitaran semula jadi mereka. Pengaruh alam sekitar jelas terpancar dalam pemilihan warna, bentuk, dan tekstur kain, menunjukkan hubungan simbiotik antara budaya dan alam. Kain rentang ini tidak hanya berfungsi sebagai hiasan, tetapi juga sebagai alat untuk memperkukuhkan identiti etnik dan memperkasa kedudukan masyarakat Bisaya dalam peta budaya Malaysia yang lebih besar. Justeru, kajian mengenai luangan ini bukan sahaja memberikan sumbangan penting terhadap pemahaman kita mengenai estetika dan budaya masyarakat Bisaya, malah memperkaya wacana antropologi budaya, khususnya dalam konteks masyarakat pribumi di Malaysia.