Ekopelancongan berasaskan komuniti (CBE) dan cabaran di air terjun Murug Turug, Tamparuli, Sabah

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji Ekopelancongan Berasaskan Komuniti (CBE) di Air Terjun Murug Turug, Kampung Minangkob, Tamparuli, Sabah. Kajian ini juga bertujuan untuk menilai pelaksanaan dan cabaran Ekopelancongan Berasaskan Komuniti sebagai salah satu pusat pelancongan yang mampu menar...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Siti Rahmah Galib, Rosazman Hussin, Jalihah Md Shah
格式: Article
語言:English
出版: Academic Inspired Network 2024
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42873/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42873/
https://doi.org/10.55573/JISED.096808
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji Ekopelancongan Berasaskan Komuniti (CBE) di Air Terjun Murug Turug, Kampung Minangkob, Tamparuli, Sabah. Kajian ini juga bertujuan untuk menilai pelaksanaan dan cabaran Ekopelancongan Berasaskan Komuniti sebagai salah satu pusat pelancongan yang mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Penglibatan ahli komuniti dalam aktiviti ekopelancongan bukan sahaja dapat menjana pendapatan, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada komuniti, khususnya kepada penduduk setempat. Secara umum, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Ekopelancongan Berasaskan Komuniti di Air Terjun Murug Turug berjaya menarik minat komuniti setempat untuk terlibat, kerana penglibatan komuniti merupakan salah satu faktor penting dalam menyumbang kepada ekonomi negara. Oleh itu, setiap pembangunan dalam bidang ini memerlukan penglibatan komuniti secara holistik. Kaedah kutipan data yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui pendekatan kualitatif iaitu temubual mendalam dan pemerhatian. Dapatan kajian mendapati terdapat beberapa aktiviti ekopelancongan yang dilaksanakan di kawasan Air Terjun Murug Turug seperti camping, trekking dan mandi manda. Secara keseluruhan, tahap penglibatan komuniti dalam Ekopelancongan Berasaskan Komuniti di Air Terjun Murug Turug adalah ditahap kendiri. Walaupun terdapat cabaran yang dihadapi oleh ahli komuniti dalam perlaksanaan aktiviti ekopelancongan berasaskan komuniti di kawasan ini.