UPM menang 4 emas dan Best Award MTE (Turut menang 20 Perak, 12 Gangsa dan The Most Informative Booth)

KUALA LUMPUR, 25 Feb. - Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi empat pingat emas, dua puluh perak dan dua belas gangsa pada Malaysia Technology Expo (MTE 2011) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 17 hingga 19 Februari lalu. Pensyarah Fakulti Kejuruteraan UPM, Prof. Madya Dr. Siti Mazlina Mus...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
格式: UPM News
语言:English
出版: 2011
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10188/1/UPM_menang_4_emas_dan_Best_Award_MTE.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10188/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:KUALA LUMPUR, 25 Feb. - Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi empat pingat emas, dua puluh perak dan dua belas gangsa pada Malaysia Technology Expo (MTE 2011) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 17 hingga 19 Februari lalu. Pensyarah Fakulti Kejuruteraan UPM, Prof. Madya Dr. Siti Mazlina Mustapa Kamal bukan sahaja memenangi pingat emas malah turut menerima ‘The Best Award’ dengan produk An automated blender – cooker for paste making. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Ir. Dr. Mohd. Saleh Jaafar turut dianugerahkan pingat emas dengan produk MyOBE (Outcome Based Education Management System). Dua lagi penerima pingat emas ialah pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Prof. Madya Dr. Rahmita Wirza O.K. Rahmat dengan produk F3D (Automated Generated 3D Reconstruction of Coronary Artery Tree in Angiogram Images) dan pensyarah Fakulti Kejuruteraan, Dr. Siti Aslina Hussain dengan produk Artificial Blood Conduit (Artificial Conduit for Coronary Heart Diseases). Selain itu, UPM juga turut memenangi anugerah ‘The Most Informative Booth’ melalui lot pameran yang diselenggarakan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC). Pada MTE tahun lalu, UPM memenangi satu emas, sebelas perak dan lima belas gangsa di dalam MTE yang telah diadakan pada tahun yang lepas.