Strategi Pembelajaran Ayat Transformasi Satu Dasar
Kajian ini dijalankan dengan tujuan memperoleh maklumat tentang strategi yang digunakan oleh pelajar untuk mempelajari ayat transformasi satu dasar. Data-data berkaitan dengan strategi yang digunakan oleh pelajar diperoleh melalui soal selidik, temu duga, pemerhatian, ujian, dan penyuaraan fikiran...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | Thesis |
語言: | English Malay |
出版: |
2003
|
主題: | |
在線閱讀: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10316/1/FBMK_2003_18.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10316/ |
標簽: |
添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
|
總結: | Kajian ini dijalankan dengan tujuan memperoleh maklumat tentang strategi yang digunakan oleh pelajar untuk mempelajari ayat transformasi satu dasar. Data-data berkaitan dengan strategi yang digunakan oleh pelajar diperoleh melalui soal selidik, temu duga, pemerhatian,
ujian, dan penyuaraan fikiran spontan. Data-data lisan dalam temu duga dan penyuaraan fikiran spontan serta data-data melalui pemerhatian dieatat dalam bentuk bilangan
penggunaan. Strategi-strategi pembelajaran bahasa yang dijadikan panduan dalam kajian ini dipetik daripada strategi-strategi yang diperkenalkan oleh Oxford (1990). Strategi-strategi yang dipetik dan diubahsuai daripada Oxford itu ialah enam strategi utama yang dikenali sebagai
strategi memori, kognitif, kompensasi, metakognitif, afektif, dan sosial. Dapatan kajian menunjukkan bahawa subjek kajian ini memang menggunakan keenam-enam strategi seperti yang dinyatakan oleh Oxford (1990). Dua strategi utama yang digunakan ialah strategi kognitif dan strategi memori. Sementara itu, strategi yang agak sederhana penggunaannya ialah strategi metakognitif. Strategi afektif, sosial, dan kompensasi digunakan juga, tetapi jumlahnya agak terhad. Sebanyak 27 komponen strategi daripada enam strategi utama telah digunakan. Selain itu, dua jenis strategi bam didapati diamalkan oleh subjek kajian. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan, yakni peningkatan penggunaan strategi apabila subjek kajian diberi latihan strategi tentang ayat transformasi satu dasar secara terancang berbanding dengan ketiadaan latihan secara
terancang. Dapatan kajian ini membantu guru-guru untuk memanfaatkan strategi yang selalu digunakan oleh pelajar agar pembelajaran isi pelajaran lebih mudah berlaku. Seterusnya, panduan tentang pengajaran ayat yang dicadangkan dalam kajian ini dapat dipraktikkan agar pengajaran dan pembelajaran ayat transformasi satu dasar khasnya dan bahagian-bahagian sintaksis yang lain umumnya lebih berkesan. |
---|