Kesepaduan sosial melalui program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

Artikel ini bertujuan untuk menilai aplikasi kesepaduan sosial belia dalam program Pembangunan Belia di Malaysia. Matlamat utama kajian adalah untuk mengenal pasti indikator utama pembangunan potensi diri belia untuk mencapai kesepaduan sosial di Malaysia. Integrasi sosial dilihat me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yaccob, Yasmin, Adam Assim, Mohd Ibrani Shahrimin
Format: Article
Language:English
Published: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/74783/1/Kesepaduan%20sosial%20melalui%20program%20Anugerah%20Remaja%20Perdana%20Rakan%20Muda.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/74783/
https://www.ippbm.gov.my/index.php/en/malaysian-journal-of-youth-studies-2019/2018/207-vol-18-jun/1742-kesepaduan-sosial-melalui-program-anugerah-remaja-perdana-rakan-muda
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini bertujuan untuk menilai aplikasi kesepaduan sosial belia dalam program Pembangunan Belia di Malaysia. Matlamat utama kajian adalah untuk mengenal pasti indikator utama pembangunan potensi diri belia untuk mencapai kesepaduan sosial di Malaysia. Integrasi sosial dilihat melalui perkongsian praktis terbaik program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP). Strategi pengumpulan data dalam kajian dirujuk berdasarkan kajian literatur yang berkaitan. Kaedah persampelan bertujuan digunakan untuk memilih responden yang terdiri daripada belia yang telah ditauliahkan Tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dari seluruh Negeri di Malaysia, pemimpin dan mentor yang bertindak sebagai perancang, pelaksana dan penilai program ARP. Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk membangunkan instrumen, pengesahan dan kajian kes penyelidikan. Instrumen kajian dibahagikan kepada dua bahagian, Bahagian A: latar belakang responden, pembangunan potensi diri belia dan Bahagian B: kesepaduan sosial belia, soalan terbuka untuk Focus Group Discussion (FGD) dan Nominal Group Technique (NGT). Dapatan kajian ini menekankan kepada aspek kesepaduan dalam pembangunan belia melalui penyertaan atau penglibatan belia dalam program di peringkat komuniti, pengiktirafan dan juga inklusi sosial. Semakin banyak aktiviti dalam komponen ARP dilaksanakan, semakin tinggi kesepaduan sosial belia. Walaupun berbeza etnik, belia di Malaysia masih mengekalkan keharmonian melalui penglibatan dalam aktiviti komuniti. Secara keseluruhan, kajian ini membincangkan penilaian sistematik menerusi perspektif psikologi terutamanya niat bagi pemboleh ubah potensi diri dan pembentukan stereotaip perpaduan sosial dalam pembangunan belia. Kajian lanjut adalah dicadangkan untuk memasukkan lebih banyak pengukuran konstruk kesepaduan sosial dan perancangan program dalam program ARP.