Kesediaan guru Reka Bentuk dan Teknologi dari aspek pengetahuan menaakul dan kemahiran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS): satu tinjauan deskriptif

Kesediaan guru merupakan satu komponen penting dalam sesuatu perubahan. Kesediaan menghadapi perubahan pula perlu diukur dari pandangan individu yang melaksanakan perubahan tersebut. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti kesediaan guru melaksanakan pengajaran Reka Bentuk...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Endot, Zaleha, Jamaluddin, Rahimah, Mohd Ayub, Ahmad Fauzi
格式: Conference or Workshop Item
語言:English
出版: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2019
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76712/1/GREDUC2019-35.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76712/
http://spel3.upm.edu.my/max/dokumen/GREDUC_GREduc2019_E-proceedings.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kesediaan guru merupakan satu komponen penting dalam sesuatu perubahan. Kesediaan menghadapi perubahan pula perlu diukur dari pandangan individu yang melaksanakan perubahan tersebut. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti kesediaan guru melaksanakan pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) tahun empat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dari segi pengetahuan menaakul dan kemahiran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kajian kuantitatif tinjauan deskriptif ini melibatkan 368 orang guru mata pelajaran RBT tahun empat KSSR di Semenanjung Malaysia. Persampelan rawak berstrata (stratified sampling) bernisbah dan rawak mudah (random sampling) digunakan bagi memilih sampel kajian ini. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik mengandungi 21 item untuk mengukur pengetahuan menaakul dan kemahiran PBS. Kajian rintis telah dijalankan dengan nilai Alpha Cronbach 0.95. Data kajian telah dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 20. Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan bagi aspek pengetahuan menaakul adalah 3.81(SP= .47). Ini memberi gambaran bahawa responden mempunyai pengetahuan menaakul yang sederhana tinggi. Manakala nilai min keseluruhan dari aspek kemahiran PBS pula adalah 3.91(SP= .48). Nilai ini juga menunjukkan bahawa responden mempunyai kemahiran PBS yang sederhana tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan kesediaan guru dari aspek kemahiran PBS lebih tinggi berbanding pengetahuan menaakul. Ini memberi gambaran guru lebih bersedia dari segi kemahiran PBS dalam melaksanakan pengajaran RBT KSSR. Oleh itu, kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada penggubal dasar dan perancang kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) supaya memberi perhatian dari aspek kesediaan guru apabila memperkenalkan mata pelajaran baharu.