Wacana instagram dalam kalangan ahli politik terpilih di Malaysia

Media sosial Instagram semakin diminati oleh semua lapisan masyarakat termasuklah golongan usahawan, anak seni, mahupun ahli politik. Kebelakangan ini, ramai ahli politik mula bergiat aktif di Instagram sebagai wadah penyebaran maklumat dan meraih sokongan rakyat. Seiringan dengan itu, kajia...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Khalid, Nur Firza Shafiqa
格式: Thesis
语言:English
出版: 2019
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98729/1/FBMK%202020%2058%20UPMIR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98729/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Media sosial Instagram semakin diminati oleh semua lapisan masyarakat termasuklah golongan usahawan, anak seni, mahupun ahli politik. Kebelakangan ini, ramai ahli politik mula bergiat aktif di Instagram sebagai wadah penyebaran maklumat dan meraih sokongan rakyat. Seiringan dengan itu, kajian ini telah memfokuskan penulisan kapsyen dan komen di media sosial Instagram ahli politik dengan berlandaskan dua objektif, iaitu mengenal pasti wacana kapsyen Instagram dalam kalangan ahli politik dan menganalisis interpretasi komen masyarakat melalui Instagram ahli politik terpilih. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif, iaitu menganalisis teks daripada kapsyen dan komen di Instagram yang berpaksikan Teori Analisis Wacana. Kajian ini telah memilih 5 orang ahli politik secara rawak bertujuan kerana pemilihannya dibuat berdasarkan faktor ketokohan ahli politik tersebut. Seterusnya, sebanyak 100 kapsyen telah dipilih berdasarkan 5 ahli politik untuk dianalisis menerusi objektif yang pertama manakala sebanyak 45 komen masyarakat telah dipilih secara rawak bagi menganalisis objektif kedua. Keputusan kajian objektif pertama menunjukkan bahawa, wacana teks yang ditulis oleh ahli politik berperanan mempunyai peranan dalam mewujudkan konteks bahasa yang tersusun, kontekstual dan mudah diterima oleh pengguna bahasa. Keputusan objektif kedua pula menunjukkan wujudnya segelintir masyarakat yang telah menulis komen dengan melakukan pengandaian sendiri dan mengikut perasaan hingga mencetuskan kesan marah, kecewa dan gembira. Implikasi kajian ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan media sosial Instagram dapat merapatkan hubungan antara ahli politik dengan masyarakat melalui penyaluran dan penerimaan maklumat khususnya berkaitan dengan isu politik Akhir sekali, diharapkan kajian mendatang dapat mengkaji wacana teks dalam bidang yang lain misalnya bidang kesihatan ataupun kekal memfokuskan bidang politik tetapi menggunakan media sosial yang berlainan.