Kajian kesesuaian terhadap pembinaan modul pembelajaran kendiri(MPK) sistem wang dan bank (MSWB) di kalangan pelajar semester satu diploma perakaunan di Politeknik Kota Bahru

Modul Pembelajaran Kendiri Sistem Wang dan Bank (MSWB) merupakan satu kaedah pembelajaran yang mengambilkira perbezaan individu. Tujuan utama kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji kesesuaian penggunaan modul bagi mata pelajaran Prinsip Ekonomi (PI 106) untuk tajuk Sistem Wang Dan Bank. Manakala...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Fauzi, Siti Nor
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2003
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/9520/1/24p%20SITI%20NOR%20FAUZI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9520/2/SITI%20NOR%20FAUZI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9520/3/SITI%20NOR%20FAUZI%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9520/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Modul Pembelajaran Kendiri Sistem Wang dan Bank (MSWB) merupakan satu kaedah pembelajaran yang mengambilkira perbezaan individu. Tujuan utama kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji kesesuaian penggunaan modul bagi mata pelajaran Prinsip Ekonomi (PI 106) untuk tajuk Sistem Wang Dan Bank. Manakala tujuan yang kedua adalah untuk melihat sama ada MSWB ini boleh menarik minat pelajar serta mampu memotivasikan mereka dan yang ketiga adalah untuk melihat kebolehlaksanaan MSWB tersebut di Politeknik pada masa akan datang. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang melibatkan 45 orang responden yang mengambil kursus Diploma Perakaunan di Politeknik Kota Bharu sesi 2003/2004. Hasil kajian adalah berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi daripada borang soal selidik yang telah diedarkan. Maklum balas yang diperolehi melalui soal selidik ini telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 10.0 untuk mencari skor min dan peratus maklum balas responden. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa modul yang dibina sesuai untuk pelajar sasaran di mana skor min yang tinggi telah diperolehi. Hasil dapatan juga menunjukkan penerimaan responden yang positif terhadap MSWB untuk digunakan oleh pelajar serta dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa cadangan dikemukakan di akhir bab bagi meningkatkan lagi kualiti penghasilan MPK sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.