Kajian kesesuaian terhadap pembinaan modul pembelajaran kendiri(MPK) sistem wang dan bank (MSWB) di kalangan pelajar semester satu diploma perakaunan di Politeknik Kota Bahru

Modul Pembelajaran Kendiri Sistem Wang dan Bank (MSWB) merupakan satu kaedah pembelajaran yang mengambilkira perbezaan individu. Tujuan utama kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji kesesuaian penggunaan modul bagi mata pelajaran Prinsip Ekonomi (PI 106) untuk tajuk Sistem Wang Dan Bank. Manakala...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Fauzi, Siti Nor
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
English
English
منشور في: 2003
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.uthm.edu.my/9520/1/24p%20SITI%20NOR%20FAUZI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9520/2/SITI%20NOR%20FAUZI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9520/3/SITI%20NOR%20FAUZI%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9520/
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Modul Pembelajaran Kendiri Sistem Wang dan Bank (MSWB) merupakan satu kaedah pembelajaran yang mengambilkira perbezaan individu. Tujuan utama kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji kesesuaian penggunaan modul bagi mata pelajaran Prinsip Ekonomi (PI 106) untuk tajuk Sistem Wang Dan Bank. Manakala tujuan yang kedua adalah untuk melihat sama ada MSWB ini boleh menarik minat pelajar serta mampu memotivasikan mereka dan yang ketiga adalah untuk melihat kebolehlaksanaan MSWB tersebut di Politeknik pada masa akan datang. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang melibatkan 45 orang responden yang mengambil kursus Diploma Perakaunan di Politeknik Kota Bharu sesi 2003/2004. Hasil kajian adalah berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi daripada borang soal selidik yang telah diedarkan. Maklum balas yang diperolehi melalui soal selidik ini telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 10.0 untuk mencari skor min dan peratus maklum balas responden. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa modul yang dibina sesuai untuk pelajar sasaran di mana skor min yang tinggi telah diperolehi. Hasil dapatan juga menunjukkan penerimaan responden yang positif terhadap MSWB untuk digunakan oleh pelajar serta dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa cadangan dikemukakan di akhir bab bagi meningkatkan lagi kualiti penghasilan MPK sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.