Hubungan Di Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui adakah terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Di samping itu, kajian ini juga ingin mengena lpasti gaya pembelajaran manakah yang diberi tumpuan atau keutamaan oleh pelajar serta adakah terdapat hubungan di antara fa...
محفوظ في:
المؤلفون الرئيسيون: | , , , , |
---|---|
التنسيق: | مقال |
اللغة: | English |
منشور في: |
2010
|
الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | http://eprints.utm.my/id/eprint/10443/1/HUBUNGAN_DI_ANTARA_GAYA_PEMBELAJARAN_DENGAN_PENCAPAIAN_AKADEMIK_PELAJAR.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/10443/ |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
|
الملخص: | Kajian ini bertujuan untuk mengetahui adakah terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran dengan
pencapaian akademik pelajar. Di samping itu, kajian ini juga ingin mengena lpasti gaya pembelajaran
manakah yang diberi tumpuan atau keutamaan oleh pelajar serta adakah terdapat hubungan di antara
faktor keluarga, pengajaran guru dan rakan sebaya dengan gaya pembelajaran. Seramai 120 orang pelajar
tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan UIu Tiram dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Skudai Baru telah terlibat sebagai responden. Soal selidik mengandungi soalan berbentuk
demografi bagi mengetahui profil responden dan lapan puluh soal selidik yang berdasarkan instrument
daripada” Learning Styles Questionnaires Honey and Mumford “ (1992) serta tiga puluh soal selidik
berkaitan dengan faktor keluarga, pengajaran guru dan rakan sebaya. Ujian korelasi pearson digunakan
untuk menganalisis data dalam kajian hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Di dapati
nilai pekali r di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar adalah 0.0 hingga 0.2. Ini
menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara dua pemboleh ubah tersebut, Kajian ini juga telah
mendapati bahawa gaya pembelajaran dominan yang menjadi amalan para pelajar adalah Reflektor dan
gaya pembelajaran sampingan adalah Teoris. Ini diikuti oleh gaya pembelajaran Pragmatis dan akhirnya
gaya pembelajaran Aktivis. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya
pembelajaran Reflektor, Teoris dan Pragmatis dengan faktor keluarga, pengajaran guru dan rakan sebaya.
Tidak terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran Teoris dengan faktor keluarga, pengajaran guru dan
rakan sebaya. Di akhir kajian beberapa cadangan disertakan sebagai bahan rujukan dan panduan kepada
semua pihak, agar dapat dimanfaatkan demi untuk kecemerlangan proses pengajaran dan pembelajaran.
Katakunci: gaya pembelajaran, pencapaian akademik |
---|