Penerapan pengutaraan masalah untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi

Artikel ini merupakan cadangan penyelidikan bagi mengenalpasti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Strategi Pengutaraan Masalah dalam kalangan pelajar kimia,dan jenis-jenis pengutaraan masalah yang diaplikasikan oleh pelajar kimia. Kajian ini juga menentukan hubung kait di antara strategi penguta...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Muniandy, Vinogharri, Surif, Johari, Ibrahim, Nor Hasniza
格式: Conference or Workshop Item
語言:English
出版: 2015
主題:
在線閱讀:http://eprints.utm.my/id/eprint/61540/1/JohariSurif2015_PenerapanPengutaraanMasalahUntukMeningkatkanKemahiranBerfikir.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/61540/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Artikel ini merupakan cadangan penyelidikan bagi mengenalpasti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Strategi Pengutaraan Masalah dalam kalangan pelajar kimia,dan jenis-jenis pengutaraan masalah yang diaplikasikan oleh pelajar kimia. Kajian ini juga menentukan hubung kait di antara strategi pengutaraan masalah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, serta mengenalpasti proses pengutaraan masalah dalam kalangan pelajar kimia. Kajian secara deskriptif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan telah digunakan. Responden terdiri daripada 370 pelajar tingkatan empat aliran sains yang mengambil mata pelajaran kimia di tiga buah sekolah sekitar Bandar Kajang. Data diperoleh melalui instrumen Ujian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan Temubual Separa Berstruktur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Data kajian ini, dianalisis dengan menggunakan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjelaskan tahap kemahiran berfikir aras tinggi, strategi dan jenis-jenis pengutaraan masalah yang digunakan pelajar dalam menyelesaikan masalah kimia serta hubung kait antara strategi pengutaraan masalah terhadap tahap kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Implikasi dapatan ini tentunya akan memberikan penjelasan terhadap pentingnya pengutaraan masalah bagi membantu meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar yang amat diperlukan dalam pembangunan pelajar dan masyarakat era globalisasi ini.