Aplikasi fiqh al-Ta‘ayush yang berorientasikan prinsip wasatiyyah dalam membina keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya seterusnya memberi kesan kepada pasang surut dalam interaksi dan komunikasi sosial. Saban hari timbul isu sensitif yang melibatkan dimensi agama, kaum, politik dan ekonomi. Jika tidak ditangani dengan baik, ia akan menjadi duri...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Hamdan, Mohammad Naqib, Ramli, Mohd. Anuar, Marinsah, Syamsul Azizul, Abdul Rahim, Rahimin Affandi, Abdul Razak, Muhd. Imran, Zulkepli, Muhammad Izzul Syahmi
フォーマット: 論文
言語:English
出版事項: UKM Press 2021
主題:
オンライン・アクセス:http://eprints.utm.my/id/eprint/98379/1/MohammadNaqib2021_AplikasiFiqhAlTaayushyangBerorientasikanPrinsip.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/98379/
https://ejournal.ukm.my/jhadhari/article/view/49072
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya seterusnya memberi kesan kepada pasang surut dalam interaksi dan komunikasi sosial. Saban hari timbul isu sensitif yang melibatkan dimensi agama, kaum, politik dan ekonomi. Jika tidak ditangani dengan baik, ia akan menjadi duri dalam daging yang menghambat proses perpaduan antara kaum di Malaysia. Justeru, segregasi sosial dan budaya ini perlu diharmonikan bagi mewujudkan suasana yang kondusif dan penuh kedamaian. Antara pendekatan yang boleh digunapakai adalah fiqh al ta‘ayush (co-existence) antara kaum dan agama yang berpaksikan prinsip kesederhanaan yang pernah dipraktikkan pada zaman Nabi SAW dan Khulafa’ al-Rasyidin. Sehubungan itu, kajian kualitatif ini membincangkan tentang konsep fiqh al-ta‘ayush yang berorientasikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) yang menjadi teras dalam menangani isu sensitif dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Dengan aplikasi fiqh ta‘ayush yang melibatkan penyertaan aktif semua pihak di Malaysia, diharapkan Islam sebagai agama rahmatan lil ‘alamin dapat direalisasikan bagi menjamin keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.