Hubungan antara pengetahuan dengan penggunaan web 2.0 tools dalam kalangan pensyarah universiti

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dengan penggunaan Web 2.0 Tools dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P).Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk memperoleh data daripada responden. Populasi kajian ini adalah pensyarah universi...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Saad, Norazlinda, Sankaran, Surendran
格式: Conference or Workshop Item
语言:English
出版: 2014
主题:
在线阅读:http://repo.uum.edu.my/16672/1/Noraz.pdf
http://repo.uum.edu.my/16672/
http://www.kuis.edu.my/icpr2014/eproceedings/32.%20Dr%20Norazlinda%20Saad%20.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dengan penggunaan Web 2.0 Tools dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P).Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk memperoleh data daripada responden. Populasi kajian ini adalah pensyarah universiti dan seramai 100 orang pensyarah telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak.Satu set soal selidik yang diadaptasikan dari kajian-kajian lepas telah digunakan sebagai instrumen untuk mengutip data. Analisis kajian sebenar menunjukkan instrumen kajian ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu α=0.89.Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan korelasi pearson.Dapatan menunjukkan tahap pengetahuan pensyarah tentang Web 2.0 Tools adalah pada tahap sederhana, manakala tahap penggunaan Web 2.0 Tools dalam P&P berada pada tahap rendah. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan tahap penggunaan Web 2.0 Tools dalam P&P.Dapatan ini menggambarkan bahawa para pensyarah mempunyai pengetahuan dan sedar tentang kepentingan penggunaan Web 2.0 Tools dalam P&P.Kajian ini memberi implikasi bahawa di samping faktor pengetahuan, faktor-faktor lain seperti kemahiran, ganjaran dan kemudahan juga perlu diberi perhatian supaya dapat meningkatkan penggunaan Web 2.0 Tools dalam P&P.