Peranan budaya organisasi selaku pemboleh ubah pengubah dalam hubungan antara komunikasi organisasi dan kepuasan kerja

Komunikasi dan kepuasan kerja memainkan peranan penting dalam konteks pengurusan sesebuah organisasi.Lanraran, kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara kepuasan terhadap aspek-aspek komunikasi yang terdapat di dalam sesebuah organisasi dengan kepuasan kerja. Di samping itu, kajian ini ju...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
第一著者: Mustaffa, Che Su
フォーマット: 論文
言語:English
出版事項: Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia 2004
主題:
オンライン・アクセス:http://repo.uum.edu.my/2314/1/chu_su_mustaffa_01.pdf
http://repo.uum.edu.my/2314/
http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000233262
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Komunikasi dan kepuasan kerja memainkan peranan penting dalam konteks pengurusan sesebuah organisasi.Lanraran, kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara kepuasan terhadap aspek-aspek komunikasi yang terdapat di dalam sesebuah organisasi dengan kepuasan kerja. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji peranan budaya organisasi selaku pemboleh ubah pengubah dalam konteks hubungan berkenaan. Sejumlah 338 orang responden terlibat dalam kajian yang menggunakan kaedah kuantitatif ini.Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara komunikasi organisasi dan kepuasan kerja. Keseluruhan aspek komunikasi organisasi iaitu kesepaduan organisasi, komunikasi subordinat, komunikasi horizontal/informal,kualiti maklumat/media, komunikasi pihak atasan, maklum balas peribadi,perspektif korporat, iklim komunikasi dun komunikasi penyelian mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja. Hasil kajian menunjukkan dimensi Budaya Jarak Kekuasaan, dimensi Budaya Pengelakan Ketidakpastian, dimensi Budaya Maskuliniti/Femininiti, dimensi Budaya lndividualisme/Kolektivisme dan dimensi Budaya Orientasi Jangka Pendek/Jangka Panjang tidak berperanan selaku pemboleh ubah pengubah dalam konteks hubungan antara kepuasan komunikasi dan kepuasan kerja. Namun begitu, hasil kajian menunjukkan wujud hubungan langsung antara dimensi Budaya Pengelakan Ketidakpastian dan dimensi Budaya Individualisme dengan kepuasan kerja.