Peranan budaya organisasi selaku pemboleh ubah pengubah dalam hubungan antara komunikasi organisasi dan kepuasan kerja
Komunikasi dan kepuasan kerja memainkan peranan penting dalam konteks pengurusan sesebuah organisasi.Lanraran, kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara kepuasan terhadap aspek-aspek komunikasi yang terdapat di dalam sesebuah organisasi dengan kepuasan kerja. Di samping itu, kajian ini ju...
محفوظ في:
المؤلف الرئيسي: | |
---|---|
التنسيق: | مقال |
اللغة: | English |
منشور في: |
Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia
2004
|
الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | http://repo.uum.edu.my/2314/1/chu_su_mustaffa_01.pdf http://repo.uum.edu.my/2314/ http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000233262 |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
|
الملخص: | Komunikasi dan kepuasan kerja memainkan peranan penting dalam konteks pengurusan sesebuah organisasi.Lanraran, kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara kepuasan terhadap aspek-aspek komunikasi yang terdapat di
dalam sesebuah organisasi dengan kepuasan kerja. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji peranan budaya organisasi selaku pemboleh ubah pengubah dalam konteks hubungan berkenaan. Sejumlah 338 orang
responden terlibat dalam kajian yang menggunakan kaedah kuantitatif ini.Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara komunikasi organisasi dan kepuasan kerja. Keseluruhan aspek komunikasi organisasi iaitu
kesepaduan organisasi, komunikasi subordinat, komunikasi horizontal/informal,kualiti maklumat/media, komunikasi pihak atasan, maklum balas peribadi,perspektif korporat, iklim komunikasi dun komunikasi penyelian mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja. Hasil kajian menunjukkan dimensi Budaya Jarak Kekuasaan, dimensi Budaya Pengelakan Ketidakpastian, dimensi Budaya Maskuliniti/Femininiti, dimensi Budaya lndividualisme/Kolektivisme dan dimensi Budaya Orientasi Jangka Pendek/Jangka Panjang tidak berperanan selaku pemboleh ubah pengubah dalam konteks hubungan antara kepuasan komunikasi dan kepuasan kerja. Namun begitu, hasil kajian menunjukkan wujud hubungan langsung antara dimensi Budaya Pengelakan Ketidakpastian dan dimensi Budaya Individualisme dengan kepuasan kerja. |
---|