Pendekatan psikoanalitik dan adlerian dalam kaunseling kelompok

Dalam pendekatan kaunseling kelompok, teori dan teknik merupakan asas yang penting dalam memantapkan dan memperkemaskan proses kaunseling kelompok supaya berjalan dalam keadaan yang efektif, stabil dan seimbang. Kaunseling kelompok juga merupakan salah satu bentuk perkhidmatan menolong dan tolong ba...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Mohamed Sani, Mohd Norahim, Abd Razak, Muhammad Ajib
格式: 圖書
出版: Universiti Utara Malaysia Press 2019
主題:
在線閱讀:http://repo.uum.edu.my/26004/
https://www.uumpress.com.my/pendekatan-psikoanalitik-dan-adlerian-dalam-kaunseling-kelompok
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Dalam pendekatan kaunseling kelompok, teori dan teknik merupakan asas yang penting dalam memantapkan dan memperkemaskan proses kaunseling kelompok supaya berjalan dalam keadaan yang efektif, stabil dan seimbang. Kaunseling kelompok juga merupakan salah satu bentuk perkhidmatan menolong dan tolong bantu setiap individu yang ingin mendapatkan pertolongan dalam situasi secara bersama dan berkelompok. Kaunseling kelompok dapat menjimatkan masa dan memberikan kelegaan kepada setiap ahli untuk mendapatkan perubahan dan penyelesaian isu yang lebih awal secara bersama-sama. Melalui buku ini, para pembaca dapat mempraktiskan pendekatan psikoanalitik dan Adlerian dengan lebih mudah semasa mengendalikan kelompok. Perasaan takut, sukar dan kekeliruan dalam menggunakan pendekatan tersebut sebelum ini dapat ditangkis sekiranya para pembaca dapat memahami setiap konsep dan teknik yang dikupas secara komprehensif apabila memahami setiap proses kelompok yang telah dibincangkan berdasarkan contoh-contoh kajian kes untuk rujukan pembaca. Buku Pendekatan Psikoanalitik dan Adlerian dalam Kaunseling Kelompok merupakan permulaan kepada ahli terapi atau profesion menolong yang lain untuk membiasakan dan memahirkan diri dalam mengaplikasikan teori yang biasanya sering diguna pakai oleh kebanyakan ahli terapis. Buku ini memilih teori psikoanalitik dan Adlerian kerana masih terdapat kekeliruan, kekaburan dan kekurangan sumber dalam menerapkan teori yang tuntas untuk dijadikan sandaran dan tulang belakang ahli terapi membantu ahli kelompok yang ingin mendapatkan jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang sedang dihadapi.