Keperluan Prosedur Operasi Standard dalam Penerimaan Dokumen Digital di Mahkamah Sivil Malaysia

Keperluan dalam memastikan kebolehgunaan dan kebolehpercayaan dokwnen digital di mahkamah merupakan salah satu penentu kebolehterimaan dokumen digital sebagai kaedah pembuktian di mahkamah. Oleh itu, bagi mengekalkan keasliannya, dokumen digital perlu dinilai secara betul dengan menggunakan prosedur...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Wan Ismail, Wan Abdul Fattah, Abdul Mutalib, Lukman, Baharuddin, Ahmad Syukran, Abdullah Kahar, Nurul Syazwani, Alias, Mohamad Aniq Aiman
格式: Article
語言:English
出版: UUM Press 2023
主題:
在線閱讀:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29383/1/UUMJLS%2014%2001%202023%20365-390.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29383/
https://doi.org/10.32890/uumjls2023.14.1.14
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Keperluan dalam memastikan kebolehgunaan dan kebolehpercayaan dokwnen digital di mahkamah merupakan salah satu penentu kebolehterimaan dokumen digital sebagai kaedah pembuktian di mahkamah. Oleh itu, bagi mengekalkan keasliannya, dokumen digital perlu dinilai secara betul dengan menggunakan prosedur khusus supaya bukti tersebut terlindung daripada diceroboh dan diubah lantas memastikan ia diterima sebagai bukti, khususnya di mahkamah sivil. Walau bagaimanapun, masih tiada kajian yang membincangkan aspek keperluan prosedur operasi standard (SOP) dalam kebolehterimaan dokumen digital di mahkamah sivil walaupun secara umumnya mahkamah sivil telah pun mengguna pakai dokumen digital sebagai bukti sejak tahun 1950-an. Oleh itu, kajian ini akan membincangkan kedudukan dokumen digital di mahkamah sivil, enakmen, dan peruntukan berkaitan penggunaannya serta SOP untuk menggunakan dokumen digital sebagai bukti khususnya di mahkamah sivil. Kajian ini juga mengguna.kan kaedah kualitatif dengan mengumpul data daripada sumber primer dan sumber sekunder yang kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Kajian mendapati bahawa satu SOP tentang penerimaan dokumen digital di mahkamah sivil adalah sangat penting dan sesuai dengan undang­ undang untuk memastikan bahawa bukti yang dikemukakan adalah sahih dan boleh dipercayai, seperti yang digariskan oleh mahkamah. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa ia boleh dijadikan sebagai rujukan oleh para hakim dan pengamal undang-undang sivil untuk membuat pertimbangan adil terhadap isu berkaitan dengan dokumen digital sebagai salah satu bentuk kaedah pembuktian khususnya di mahkamah sivil.