Kegunaan Wang Zakat Untuk Pembangunan Asnaf Muallaf

Muallaf adalah saudara baru yang memeluk agama Islam. Kajian ini mengkaji masalah yang dihadapi oleh golongan asnaf muallaf di negeri Kedah dan memberi cadangan tentang projek pembangunan yang boleh dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) terhadap golongan asnaf muallaf dengan menggunaka...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Ahmad Zaluki, Nurwati Ashikkin
格式: Monograph
語言:English
出版: UUM 2021
主題:
在線閱讀:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29657/1/14109.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29657/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Muallaf adalah saudara baru yang memeluk agama Islam. Kajian ini mengkaji masalah yang dihadapi oleh golongan asnaf muallaf di negeri Kedah dan memberi cadangan tentang projek pembangunan yang boleh dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) terhadap golongan asnaf muallaf dengan menggunakan agihan wang zakat. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Instrumen kajian yang digunakan adalah analisis dokumen dan temubual dengan Pegawai Dakwah LZNK dan empat orang individu yang ditemubual secara tidak langsung sebagai seorang muallaf. Kajian ini mendapati terdapat beberapa permasalahan yang dihadapi oleh muallaf. Antaranya adalah terpaksa menyembunyikan keislaman kerana takut diperas ugut dan dibuang keluarga, rakan-rakan dan masyarakat sebangsa dan seagama asal, dimomokkan dengan ‘masuk Islam adalah masuk Melayu’, kehidupan yang miskin, pasangan yang beragama Islam mengabaikan pasangan yang muallaf, masalah lambat mendapatkan kad Islam, tidak mampu meninggalkan tabiat kurang baik yang diamalkan sebelum Islam, kekeliruan dalam mengamalkan ajaran Islam disebabkan asatizah berlainan pendapat dan fahaman, kekurangan program-program dakwah kepada muallaf serta kekurangan bahan rujukan dan pasangan muallaf tidak menjalani kehidupan secara bersyariat walaupun telah Islam sejak dari kecil. Kajian ini mencadangkan agar LZNK dapat menubuhkan sebuah institut sebagai sebuah pusat yang menyelenggara fasiliti untuk golongan muallaf mendapatkan perlindungan, pendidikan di samping menerima peruntukan bantuan kewangan. Cadangan penubuhan institut ini adalah sangat diperlukan bagi tujuan pembangunan muallaf.