Pembangunan industri di kawasan Mergong: kesan terhadap kualiti air

Kajian yang dijalankan ini merupakan tinjauan permasalahan pencemaran kualiti air di tiga buah sungai penting di Alor Setar, Kedah iaitu Sungai Mempelam, Sungai Gunung Sali dan Sungai Alor Terus. Ketiga-tiga sungai tersebut melalui kawasan Perindustrian Mergong, kawasan perumahan dan mengalir ke Sun...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah
格式: Article
語言:English
出版: UUM College of Arts and Sciences 2002
主題:
在線閱讀:http://repo.uum.edu.my/405/1/Tuan_Pah_Rokiah_Syed_Hussain.pdf
http://repo.uum.edu.my/405/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian yang dijalankan ini merupakan tinjauan permasalahan pencemaran kualiti air di tiga buah sungai penting di Alor Setar, Kedah iaitu Sungai Mempelam, Sungai Gunung Sali dan Sungai Alor Terus. Ketiga-tiga sungai tersebut melalui kawasan Perindustrian Mergong, kawasan perumahan dan mengalir ke Sungai Kedah yang menjadi tumpuan rekreasi dan sukan air utama di negeri tersebut. Makalah ini bertujuan meninjau kesan aktiviti perindustrian ke atas kualiti air sungai. Kajian lapangan dijalankan dengan teknik persampelan air di beberapa buah lokasi terpilih berdasarkan corak guna tanah setempat. Sampel air tersebut dianalisis dalam makmal bagi memperoleh Indeks Kualiti Air (IKA) sebagaimana IKA negara iaitu parameter BOD, COD, DO, pH, SS dan NH3N. Hasil yang diperoleh menunjukkan pencemaran yang dialami oleh sungai-sungai tersebut berada pada tahap sederhana dan sangat tercemar berdasarkan parameter-parameter di atas.