Pengalaman wanita yang hidup dengan AIDS: Peranan dan cabaran pekerja sosial

HIV/AIDS sering dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral yang menjadi punca jangkitan seterusnya menyebabkan epidemik ini masih mendapat stigma dalam kalangan masyarakat umum. Namun, bagi mereka yang menjadi mangsa keadaan, kesan dan tekanan yang dihadapi disebabkan jangkitan AIDS menyebabkan kehidu...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Md. Zain, Rajwani, Baba, Ismail, Azman, Azlinda
格式: Conference or Workshop Item
語言:English
出版: 2009
主題:
在線閱讀:http://repo.uum.edu.my/5319/1/Raj.pdf
http://repo.uum.edu.my/5319/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:HIV/AIDS sering dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral yang menjadi punca jangkitan seterusnya menyebabkan epidemik ini masih mendapat stigma dalam kalangan masyarakat umum. Namun, bagi mereka yang menjadi mangsa keadaan, kesan dan tekanan yang dihadapi disebabkan jangkitan AIDS menyebabkan kehidupan harian mereka turut berubah. Kajian yang dilakukan ini bertujuan menerokai pengalaman yang dilalui oleh wanita yang menghidap AIDS, keperluan mereka dari segi emosi dan harapan terhadap bentuk sokongan yang diberikan terutama penglibatan pekerja sosial. Kajian yang dilakukan di negeri Kedah ini melibatkan tujuh orang wanita yang menghidap AIDS sebagai subjek kajian. Pengumpulan data menggunakan kaedah temubual seterusnya dianalisis melalui kaedah kualitatif. Hasil kajian mendapati empat isu yang di beri perhatian oleh subjek adalah 1)stigma dan diskriminasi, 2)teknik daya tindak yang dilakukan apabila disahkan menghidap AIDS, 3) peranan pekerja sosial dan 4)kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang HIV/AIDS. Hasil dari kajian ini juga mengemukakan cadangan terutama berkaitan peranan pekerja sosial dalam usaha membantu dan memberikan sokongan kepada mereka yang hidup dengan AIDS. Namun, terdapat cabaran tertentu dalam kalangan pekerja sosial sendiri yang mengendalikan kes penghidap HIV/AIDS disebabkan epidemik ini masih dikaitkan dengan stigma, malah stigma masih menjadi isu utama di setiap pelosok dunia.