Persepsi dan amalan pemasaran online oleh penerbit IPTA di Malaysia

Kajian ini membincangkan tentang penggunaan laman web dalam pemasaran buku ilmiah di Malaysia oleh penerbit-penerbit universiti. Melalui kajian ini juga, persepsi penerbit terhadap konsep dan peranan pemasaran online dan keberkesanannya sebagai satu kaedah pemasaran terkini akan diketengahkan. Selai...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Yahya, Maizatul Azura, Mohd Hadza @ Othman, Mohd Baharudin
フォーマット: Conference or Workshop Item
言語:English
出版事項: 2005
主題:
オンライン・アクセス:http://repo.uum.edu.my/811/1/persepsi_dan_amalan_pemasaran_online.pdf
http://repo.uum.edu.my/811/
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Kajian ini membincangkan tentang penggunaan laman web dalam pemasaran buku ilmiah di Malaysia oleh penerbit-penerbit universiti. Melalui kajian ini juga, persepsi penerbit terhadap konsep dan peranan pemasaran online dan keberkesanannya sebagai satu kaedah pemasaran terkini akan diketengahkan. Selain menyentuh tentang infrastruktur pemasaran yang dimiliki penerbit serta persepsi mereka terhadap pemasaran menggunakan laman web, kajian ini juga akan mmghuraikan persembahan laman web penerbit dari segi kesesuaiannya dengan fungsi pemasaran. Reka letak dan isi kandungan laman web ini dikaji kerana kedua-dua aspek ini adalah komponen penting dalam menentukan kejayaan pemasaran dalam talian. Walaupun laman web menjanjikan peluang yang lebih baik kepada para penerbit untuk meluaskan pasaran mereka hingga ke peringkat yang lebih tinggi, namun dengan prospek pasaran buku-buku ilmiah di negara yang kecil serta terhad permintaannya seperti Malaysia menyebabkan kaedah ini tidak mampu dilaksanakan sepenuhnya oleh penerbit-penerbit universiti terbabit. Ini kerana, kebanyakan kandungan buku ilmiah (hasil karya pengarang tempatan) yang berada di pasaran lebih tertumpu kepada pasaran dalam negara dan tidak bersifat global. Hanya sebahagian kecil sahaja diterbitkan untuk pasaran antarabangsa. Keadaan ini nyata berbeza dengan bahan-bahan bacaan ilmiah terbitan luar negara yang kandungannya lebih bersifat global dan sejagat menyebabkan pasarannya lebih meluas dan diterima di seluruh dunia.