Hubungan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan dengan masalah penyesuaian tingkah laku hiperaktif kanak-kanak

Hiperaktif merupakan antara bentuk masalah penyesuaian tingkah laku yang sinonim dengan kanak-kanak. Gejala ini tidak pernah berakhir dan semakin kompleks mutakhir ini. Banyak kajian telah dilakukan secara praKikal dan saintifik untuk mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini....

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Kamarul Shukri, Mat Teh, Zanariah, Mat Isa
格式: Conference or Workshop Item
语言:English
出版: 2017
主题:
在线阅读:http://eprints.unisza.edu.my/862/1/FH03-FKI-18-13318.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/862/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Hiperaktif merupakan antara bentuk masalah penyesuaian tingkah laku yang sinonim dengan kanak-kanak. Gejala ini tidak pernah berakhir dan semakin kompleks mutakhir ini. Banyak kajian telah dilakukan secara praKikal dan saintifik untuk mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini. Masalah penyesuaian tingkah laku hiperaktif ini akan memberi kesan negatif kepada kanak-kanak dari sudut tindak balas individu, hubungan sosial, perkembangan emosi dan kognitif, personaliti, kesihatan mental dan fizikal, kemahiran literasi dan numerasi, kebolehan berbahasa, kesediaan belajar dan kehadiran ke tadika. Kajian ini beftujuan mengukur tahap masalah penyesuaian tingkah laku hiperaktif kanak-kanak TYTI dan menganalisis hubungan antara tahap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan dengan masalah penyesuaian tingkah laku hiperaktif kanak-kanak TYIT. Data kuantitatif dikumpul daripada 380 ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Tadika Yayasan Islam Terengganu (Tfff )yang dipilih secara rawak mudah di lapan daerah di negeri Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan masalah penyesuaian tingkah laku hiperaktif kanak-kanak TYIT berada pada tahap yang sederhana, Hasil analisis One Way Anova menunjukkan terdapat hubungan antara tahap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan dengan masalah penyesuaian tingkah laku hiperaKif kanak-kanak TYIT. Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam pendidikan kanakkanak. Disyorkan kerajaan menyediakan garis panduan dalam melaksanakan program penglibatan ibu bapa, menyediakan dana untuk menyokong kewangan tadika dan menggalakkan majikan memberi pelepasan masa untuk ibu bapa terlibat dalam aktiviti sekolah demi masa depan generasi muda dan negara.