Jangan jadi hamba telefon pintar
“Dekat tapi jauh. Ada macam tiada. Senyum seperti mesra tetapi ia untuk skrin telefon. Kenderaan meluncur laju namun fokus mata pemandunya tidak pada jalan raya.” Ini antara suasana kurang enak dan berbahaya yang sering kita lihat dalam kehidupan manusia hari ini. Ia berleluasa semenjak telefon p...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | Article |
语言: | Malay |
出版: |
Utusan Malaysia Sdn. Bhd.
2023
|
主题: | |
在线阅读: | http://irep.iium.edu.my/103398/1/103398_Jangan%20jadi%20hamba%20telefon%20pintar.pdf http://irep.iium.edu.my/103398/ https://www.utusan.com.my/premium/2023/01/jangan-jadi-hamba-telefon/ |
标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
总结: | “Dekat tapi jauh. Ada macam tiada. Senyum seperti mesra tetapi ia untuk skrin telefon. Kenderaan meluncur laju namun fokus mata pemandunya tidak pada jalan raya.”
Ini antara suasana kurang enak dan berbahaya yang sering kita lihat dalam kehidupan manusia hari ini. Ia berleluasa semenjak telefon pintar “menakluki” kehidupan manusia moden. Walaupun duduk bersebelahan, namun semuanya tenggelam dalam dunia tersendiri. Ketika mesyuarat penting berjalan, minda anggota mesyuarat sedang berada di serata dunia dibawa telefon pintar masing-masing. Jika minda tidak berada dalam bilik mesyuarat, bagaimana agaknya perlaksanaan isi mesyuarat mampu dilaksanakan? Sudah sampai masanya pihak kerajaan mengeluarkan surat arahan melarang telefon pintar di bawa masuk ke bilik mesyuarat, parlimen dan majlis rasmi bagi memaksimakan fokus semua pihak terhadap isi perbincangan.
Telefon pintar adalah nikmat hebat untuk manusia moden kerana ia mampu memudahkan urusan mereka. Pun begitu, secara tidak langsung ia juga telah merenggut kepintaran fizikal, ekonomi dan sosial manusia. Kepintaran fizikal sudah hilang kerana anak kecil dan orang dewasa semakin berlapik lemak perutnya dek kurang pergerakan fizikal atau riadah. Matanya pun semakin rabun dek suluhan cahaya biru skrin telefon pintar hampir sepanjang masa. Ketika telefon pintar belum dilahirkan di dunia, suara sorak sorai ketawa riang anak kecil bermain di luar rumah menjadi melodi indah yang selalu kita dengari. Selepas telefon pintar dilahirkan, suasana itu semakin hilang. |
---|