Integrasi kerja-kehidupan dan pengaruhnya terhadap penglibatan kerja dalam kalangan ahli anggota balai Bomba Dan Penyelamat (BBP), Kota Belud, Sabah

Integrasi kerja-kehidupan merupakan elemen penting dalam kerjaya seseorang pekerja yang perlu diambil perhatian tanpa mengira jantina. Pada era globalisasi hari ini, bukan hanya pekerja wanita yang mempunyai dwi-kerjaya sahaja dan mementingkan integrasi antara kerjaya dan kehidupan, malah pekerja le...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Mazni Awang Maarof
التنسيق: Academic Exercise
اللغة:English
English
منشور في: 2021
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31267/1/Integrasi%20kerja-kehidupan%20dan%20pengaruhnya%20terhadap%20penglibatan%20kerja.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31267/2/Integrasi%20kerja-kehidupan%20dan%20pengaruhnya%20terhadap%20penglibatan%20kerja24pages.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31267/
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Integrasi kerja-kehidupan merupakan elemen penting dalam kerjaya seseorang pekerja yang perlu diambil perhatian tanpa mengira jantina. Pada era globalisasi hari ini, bukan hanya pekerja wanita yang mempunyai dwi-kerjaya sahaja dan mementingkan integrasi antara kerjaya dan kehidupan, malah pekerja lelaki turut mengambil berat akan hal ini. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengaruh integrasi kerja-kehidupan terhada penglibatan kerja. Kajian kes ini telah dijalankan ke atas ahli anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Kota Belud, Sabah dan seramai 37 orang ahli anggota Bomba menyumbang sebagai responden bagi kajian ini. Kajian ini telah menggunakan kaedah kuantitatif dan borang soal selidik telah diedarkan kepada responden. Hasil dapatan bagi kajian ini telah dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis regrasi mudah. Tahap integrasi kerja-kehidupan bagi domain kerja dan domain kehidupan mencatatkan nilai yang rendah dan sederhana. Seterusnya, model kajian didapati mencatatkan nilai yang tidak signifikan iaitu .610b, dan tidak boleh digunapakai di dalam konteks kajian pengkaji. Hal ini demikian, hasil kajian dalam konteks kajian pengkaji mendapati integrasi kerja-kehidupan tidak mempengaruhi penglibatan kerja dalam kalangan ahli anggota Balai Bomba dan Penyelamat, Kota Belud.