Kesejahteraan pekerjaan dalam ekonomi GIG di kalangan pekerja Grab, Foodpanda dan perkhidmatan runner

Kesejahteraan, secara amnya adalah aspek penting bagi setiap individu dan skim keselamatan sosial dapat dilihat sebagai penyelesaian berpusat kepada negara untuk menangani risiko dan cabaran yang dihadapi kepada masyarakat, terutamanya kesejahteraan pekerja. Seiring dengan perkembangan teknologi hin...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Nur Izzati Mustapha
التنسيق: Academic Exercise
اللغة:English
English
منشور في: 2021
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31291/1/Kesejahteraan%20pekerjaan%20dalam%20ekonomi%20GIG%20di%20kalangan%20pekerja%20Grab%2C%20Foodpanda%20dan%20perkhidmatan%20runner.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31291/2/Kesejahteraan%20pekerjaan%20dalam%20ekonomi%20GIG%20di%20kalangan%20pekerja%20Grab%2C%20Foodpanda%20dan%20perkhidmatan%20runner24pages.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31291/
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kesejahteraan, secara amnya adalah aspek penting bagi setiap individu dan skim keselamatan sosial dapat dilihat sebagai penyelesaian berpusat kepada negara untuk menangani risiko dan cabaran yang dihadapi kepada masyarakat, terutamanya kesejahteraan pekerja. Seiring dengan perkembangan teknologi hingga wujudnya pekerjaan baharu yang disebut sebagai ekonomi gig giat di seluruh dunia termasuk Malaysia, kesejahteraan dalam pekerjaan ini menjadi persoalan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor penglibatan dalam pekerjaan gig, mengenalpasti cabaran yang dihadapi dan mengenalpasti hubungan cabaran dan kesejahteraan pekerja gig dalam ekonomi gig. Sampel yang terlibat adalah terdiri daripada kalangan pekerja dalam perkhidmatan Grab, Foodpanda dan runner di Sabah. Dengan menggunakan kaedah kuantitatif, hasil kajian mendapati terdapat dua faktor utama dalam penglibatan pekerja dalam ekonomi gig, iaitu faktor tarikan dan tolakan. Sehubungan dengan itu, kajian juga mendapati bahawa pengalaman pekerja gig dan sifat pekerjaan ini menjadi sebahagian cabaran kepada mereka dan wujudnya hubungan yang signifikan antara cabaran dan kesejahteraan di kalangan pekerja Grab, Foodpanda dan runner. Dengan pandangan ke dalam penemuan dan hasil dapatan kajian mengenai pekerja gig penghantaran ini, kajian ini boleh berfungsi sebagai titik permulaan dan panduan kepada penyelidik, pekerjaan berasaskan dalam talian, dan pelaksana dasar perundangan buruh termasuk pihak lain dalam memahami fenomena dan keadaan kerja dalam ekonomi gig itu. Akhir, diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang berkaitan dalam ekonomi gig dan juga kepada mereka yang akan mengupas isu berkaitan pekerjaan ini dengan lebih mendalam.