Pengaruh Faktor Psikologi Terhadap Pembelajaran Regulasi Kendiri Murid Sekolah Rendah (The Influence Of Psychological Factors On Primary School Pupils’ Self-Regulated Learning)

Pembelajaran regulasi kendiri merujuk kepada kemahiran murid menyusun atur pembelajarannya secara efektif bagi mencapai matlamat pembelajarannya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh faktor psikologi terhadap pembelajaran regulasi kendiri murid sekolah rendah. Faktor psikologi diri yang d...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Manukaram, Kanammah, Ng, Melissa Lee Yen Abdullah, Hasan, Shahizan
格式: Article
語言:English
出版: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2014
主題:
在線閱讀:http://eprints.usm.my/34746/1/Art_3%2839-54%29.pdf
http://eprints.usm.my/34746/
http://apjee.usm.my/APJEE_29_2014/Art%203(39-54).pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Pembelajaran regulasi kendiri merujuk kepada kemahiran murid menyusun atur pembelajarannya secara efektif bagi mencapai matlamat pembelajarannya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh faktor psikologi terhadap pembelajaran regulasi kendiri murid sekolah rendah. Faktor psikologi diri yang dikaji adalah efikasi kendiri, orientasi matlamat pembelajaran (intrinsik dan ekstrinsik) dan kepercayaan tentang kepintaran (entiti dan usaha). Kaedah penyelidikan kuantitatif telah digunakan untuk mencapai objektif penyelidikan. Sampel kajian terdiri daripada 639 orang murid Tahun 4 dan 5 dari 10 buah sekolah kebangsaan di Pulau Pinang. Teknik persampelan kelompok telah digunakan untuk memilih responden kajian. Instrumen Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) digunakan untuk mengukur kemahiran pembelajaran regulasi kendiri murid manakala faktor psikologi mereka pula diukur dengan Skala Efikasi Kendiri Kanak-kanak Skala Orientasi Matlamat dan Skala Beliefs of Intelligence. Instrumen-instrumen ini telah diubahsuai untuk digunakan dalam konteks Malaysia. Korelasi Pearson r dan analisis Regresi Berganda Stepwise digunakan untuk menganalisis data kajian. Keputusan pekali korelasi Pearson r menunjukkan bahawa kesemua faktor psikologi yang dikaji mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan pembelajaran regulasi kendiri, kecuali kepercayaan entiti (r = .01, p > .05). Orientasi matlamat intrinsik (r = .52, p < .01) didapati mempunyai hubungan yang kuat dengan pembelajaran regulasi kendiri manakala efikasi kendiri mencatatkan korelasi yang sederhana (r = .39, p < .01). Faktor psikologi yang mempunyai hubungan lemah namun signifikan dengan pembelajaran regulasi kendiri ialah orientasi matlamat ekstrinsik (r = .08, p < .05) dan kepercayaan usaha (r = .27, p < .01). Hasil analisis Regresi Berganda Stepwise menunjukkan bahawa Model Regresi P3 (orientasi matlamat intrinsik, efikasi kendiri dan kepercayaan entiti) menyumbang sebanyak 31.3% (R2 = .313) perubahan varians terhadap pembelajaran regulasi kendiri [F(3,583) = 88.559, p < .05]. Pengaruh orientasi matlamat intrinsik (β = .473, p < .05) adalah paling tinggi, diikuti dengan efikasi kendiri (β = .128, p < .05) dan kepercayaan entiti (β = .081, p < .05). Model psikologi diri ini memberi sumbangan dalam meramal pembelajaran regulasi kendiri murid sekolah rendah. Kajian ini menunjukkan bahawa faktor psikologi diri harus diambil kira dalam usaha melahirkan murid yang lebih berdikari dan berkemahiran menyusun atur pembelajaran secara kendiri.