Hubungan motivasi dan gaya pembelajaran dengan pencapaian matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan gaya pembelajaran mengikut jantina, et:nik dan pencapaian awal dalam Matematik Tambahan. Kaedah yang digunakan...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | Thesis |
語言: | English English |
出版: |
2009
|
主題: | |
在線閱讀: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43353/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43353/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43353/ |
標簽: |
添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
|
總結: | Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan gaya pembelajaran mengikut jantina, et:nik dan pencapaian awal dalam Matematik Tambahan. Kaedah yang digunakan adalah secara tinjauan. Sampel terdiri daripada 100 orang pelajar Tingkatan 4 daripada lima buah sekolah menengah di Daerah Keningau Sabah. Alat kajian yang digunakan ialah Inventori Pembefajaran Di Sekolah oleh Sefmes (1987) yang mengemukakan lima gaya pembelajaran, iaitu gaya mendalam, gaya permukaan, gaya terancang dan gaya gigih usaha. Gaya kelima pembelajaran, gaya dorongan, telah diubah suai untuk mengukur dorongan motivasi dalaman dan luaran. Data yang dikumpul dianalisis sec.ara deskriptif dan inferens menggunakan pakej SPSS ( Version 15.0) . Hasil analisis deskriptif mendapati para pelajar mempunyai dorongan motivasi dalaman yang tinggi berbanding motivasi luaran serta mengamalkan gaya permukaan dan gaya mendalam berbanding gaya terancang dan gigih usaha. Hasil analisis inferens mendapati pencapaian Matematik Tambahan mempunyai hubungan dengan gaya pembelajaran permukaan. Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran mendalam, terancang dan permukan dengan motivasi dalaman. Tidak terdapat perbezaan slgnifikan gaya pembelajaran mengikut jantina dan etnik. Implikasi kajian ini ialah faktor motivasi memainkan peranan penting dalam menentukan pemilihan gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar. |
---|